Reviews
Now Reading
Ulasan Seni Visual: Muka/muka Solitud Dalam Mainan Ajim Juxta
12548847_10206435316856672_3488346401994255788_n
208 0

Ulasan Seni Visual: Muka/muka Solitud Dalam Mainan Ajim Juxta

by Yati Society VampireFebruary 5, 2016

Projection of realization from one stage to another.

KONSEP Ajim Juxta dalam pameran solo kedua di Galeri Minut Init kali ini berkisar tentang Penghuni Distopia, simbol berkait rapat dengan manusia yang cuba menuju ke arah dunia Utopia — suatu tempat di mana keadaan sosial adalah sempurna di bawah kepimpinan dan undang-undang.

12665831_10153403761877616_1364783801_n

Penghuni Distopia: Solitud/Gagak.

Bagaimanapun, manusia-manusia ini tertinggal di Dystopia, yang digambarkan sebagai tempat yang ditadbir pemimpin diktator. Rakyatnya tidak punya daya untuk mempersoalkan — sama ada kerana malas atau tidak mahu tahu.

Salah satu hasil dari siri foto hitam putih menunjukkan sepasang tangan memegang beberapa naskah buku tulis.

Di dalam foto seterusnya, buku itu dibuka, dan terpapar lakaran manusia memakai topeng supaya dilindungi dari pencemaran — sekaligus menyembunyikan sosok-sosok dalaman yang terpaksa berhadapan dengan perkara negatif.

Semasa menyendiri, barulah para saksi sedar bahawa menggunakan topeng ini mungkin lebih efektif untuk menyorokkan keraguan pada masa depan yang tidak pasti.

Untuk siri Penghuni Distopia: Muka/muka pula, Ajim mengimbas pergerakan seseorang individu di dalam kelompok masyarakat yang bertanggungjawab untuk bertolak-ansur namun patuh menerima hakikat. Topeng tersebut harus dipadankan untuk menghadapi kenyataan.

Penghuni Distopia: 32. Sumber: Azeem Idzham.

Manakala dalam Penghuni Distopia: Solitud/Gagak, ceracak bangunan tumbuh dari burung gagak.

Seperti juga yang dilihat di dalam Arkologi: Pohon Tak Berdaun, pembinaan berterusan di dalam ketidakpastian apabila unsur organik manusia dan alam semulajadi bersatu — contohnya, sebatang ‘pokok’ tumbuh tanpa daun.

Tibanya masa perhubungan dan komunikasi bergantung secara keseluruhan kepada kemajuan teknologi — yang akhirnya mungkin menentukan status manusia itu sendiri. Kita terkongkong  dalam ciptaan sendiri, sehingga kemanusiaan itu luput terhakis.

Ironinya, dalam kerapuhan yang terhasil dari niat, kemanusiaan semakin hilang dalam mendepani sisa-sisa masa lalu, seperti dalam siri Saki/Baki: Mainan.

12695944_10153403762627616_1220153988_n

Projeksi proses seni Ajim Juxta.

Seperti kata Ajim, jawapannya bergantung kepada persoalan dari apa yang difahami.

Di satu sudut, rakaman Ajim dalam proses penghasilan yang seakan-akan tidak berakhir ditayangkan. Cahaya dari projeksi mengimbas karya-karya yang kian bertambah. Dan seperti pengakhiran siri foto hitam-putih tadi, buku yang semakin berkembang ini pun ditutup.

Perjalanan proses seni yang tidak pernah berakhir ini terkupas dari bahan, kaedah dan pendekatan yang dipilih oleh Ajim Juxta.


Unknown Plus bertempat di Minut Init Art Social, Uptown Damansara dan akan berlangsung sehingga 6 Februari 2016. Karya yang diketengahkan bertajuk Penghuni Distopia: Tugu- Matikatak.

About The Author
Profile photo of Yati Society Vampire
Yati Society Vampire

Leave a Response