Other
Now Reading
Afdlin Shauki Bina Kerjasama dengan Rumah Anak Teater
Next
Prev
76 0

Afdlin Shauki Bina Kerjasama dengan Rumah Anak Teater

by Faisal MustaffaMarch 21, 2018

Siri standup comedy bahasa Melayu yang dianggap berkubur sejak tutupnya Lawak Studio pada 2016 disambung kembali.  Persembahan daripada komik secara solo ini kali ini disambung dengan kerjasama Afdlin Comedy Planet pada 10 April 2018 akan datang.

 

Siri persembahan Lawak Berdiri yang memulakan persembahan mereka pada 6 Oktober 2015 pernah mengundang ramai komik dari Indonesia untuk membuat persembahan: antaranya, Mo Sidik, Indra Jegel, Newendi serta Tretan Muslim.

 

Malah penampilan pertama pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2017, Dzawin adalah menerusi persembahannya di persembahan Lawak Berdiri ini pada 10 November 2015.

Siri Lawak Berdiri terpaksa diberhentikan pada waktu itu kerana tidak mempunyai lokasi yang sesuai selepas Lawak Studio tutup daripada beroperasi. Rumah Anak Teater berpendapat Afdlin Comedy Planet adalah tempat yang paling sesuai memandangkan penonton yang hadir ke restoran itu adalah peminat-peminat tegar persembahan komedi.

Rumah Anak Teater yang menjadi pelopor kepada persembahan standup comedy bahasa Melayu ini sejak 1 Mei 2014 melalui siri komedi secara live Cerita Malam Jumaat di PJ Live Arts, Petaling Jaya. Kini siri siaran langsung tersebut telah berpindah ke Setia Alam.

Sebagai persembahan sulung bersama Afdlin Comedy Planet ini, ia akan menampilkan seorang komik professional yang dibawa khas dari Jakarta, Arya Novrianus.

Arya yang aktif dalam dunia stand up comedy sejak 2011 mula dikenali dengan penglibatannya dalam pertandingan Standup Comedy Indonesia musim ketujuh. Beliau merupakan finalis dalam pertandingan tersebut.

Beliau sering muncul dalam siaran standupcomedy di tv Indonesia seperti Stand Up Comedy Show (Metro TV). Stand Up of Battle of Comic (Metro TV), Stand Up Seru (Kompas TV), Stand Up Comedy Academy (Indosiar), Stand Up Comedy Club (Indosiar), Komika Vaganza (MNC TV).

Arya (27 tahun) juga sering diundang dalam persembahan komik-komik terkemuka Indonesia seperti persembahan Pandji Pragiwaksono di Hard Rock Café (Jakarta). Namun ini adalah pengalaman pertama beliau membuat persembahan di Malaysia.

 

Selain Lawak Berdiri pada 10 April ini, Arya juga akan muncul sebagai headliner di persembahan standup comedy Cerita Malam Jumaat pada 12 April 2018.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah tiket, boleh hubungi terus hotline

About The Author
Profile photo of Faisal Mustaffa
Faisal Mustaffa
Sebagai seorang pengkritik, Faisal juga banyak memerhati dan luahkan dalam persembahan komedi stendap CERITA MALAM JUMAAT… Beliau juga Pengarah Urusan syarikat penerbitan MERPATI JINGGA.
Comments

    Leave a Response