Music
Now Reading
Muzik Video “Aku Tahu”: Luahan Introspektif Dari Altimet
Next
Prev
138 0

Muzik Video “Aku Tahu”: Luahan Introspektif Dari Altimet

by Marwan ZOctober 28, 2015

LUPAKAN Kendrick LamarTygaPusha T dan bintang rap antarabangsa yang lain buat seketika, hero rap tempatan Altimet telah mengeluarkan muzik video terbaru “Aku Tahu” yang diambil daripada album sulungnya Kotarayaku.

Memilih untuk berduet bersama Tomok untuk single ini, “Aku Tahu” berkisarkan mengenai pengalaman peribadi Altimet sendiri tentang hubungan rumit seorang anak lelaki dengan bapa mereka.

“Hubungan anak lelaki dengan bapa adalah satu hubungan yang complicated di mana mereka tidak menzahirkan kasih sayang mereka secara depan-depan,” ucap Altimet. “Jadi sebab itu saya memilih untuk menulis lagu ini kerana ia berkait rapat dengan pengalaman saya juga,” jelasnya lagi pada tayangan perdana muzik video rasmi lagu itu.

(Dari kiri): Altimet, adik Harith Haziq, Tomok dan Khairul “Kroll” Azri di pelancaran muzik video “Aku Tahu”.

Pelancaran muzik video Altimet “Aku Tahu” telah berlangsung secara eksklusif pada 22 Oktober lepas di aplikasi Hotlink RED. Muzik video kali ini berbeza dengan muzik video Altimet lain kerana ia berbentuk filem pendek di bawah arahan Khairul “Kroll” Azri.

Visual melankolik selama 8 minit ini dijayakan oleh Altimet dan Tomok sendiri bersama pelakon ternama Azman Hassan serta adik Harith Haziq. Ketika ditanya, Kroll menjelaskan bahawa penggambaran berlaku selama dua hari di sekitar perairan laut Pulau Pangkor dan proses untuk menyiapkan muzik video ini mengambil masa tidak lebih sebulan.

Bersesuaian dengan lirik dan nada lagu, antara hal-hal yang diluahkan dalam video ini, seperti hubungan kasih sayang antara bapa dan anak lelaki yang tidak selalu diucapkan, malah lebih kepada perbuatan, serta sikap anak lelaki yang kebiasaanya nakal dan ingkar arahan, serta juga konsep mendidik peribadi anak dari rebung.

Kroll yang sebelum ini pernah mengarah muzik video Altimet untuk lagu “Syukur”, bijak mewujudkan mood sedih bersesuaian dengan lagu melalui perspektif masyarakat nelayan, sedikit sebanyak mendedahkan kehidupan para nelayan di Malaysia. Kroll juga mengambil ilham muzik video ini daripada bapanya sendiri memandangkan mereka membesar bersama di Pulau Pangkor.

Berkenaan dengan pilihan penyanyi, hero rap itu memilih Tomok kerana kesesuaian suara dengan lagu tersebut. Satu lagi berita baik buat peminat tempatan, Atimet juga sedang dalam perancangan untuk mengadakan konsert di seluruh Malaysia pada tahun hadapan, barangkali selepas Raya.

Buat masa ini, pelanggan Hotlink khususnya boleh melihat muzik video “Aku Tahu” secara eksklusif melalui saluran aplikasi Hotlink RED.

Bagi sesiapa yang masih belum mendengar single ini, anda boleh melayannya di bawah:

About The Author
Profile photo of Marwan Z
Marwan Z
Marwan kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.
Comments

    Leave a Response