Other
Now Reading
[ULASAN] Mary Poppins Returns- Kisah Bayar Hutang dan Kolar Putih
Next
Prev
74 0

[ULASAN] Mary Poppins Returns- Kisah Bayar Hutang dan Kolar Putih

by In house WriterDecember 26, 2018

Mary Poppins sebelum ini pernah difilemkan pada tahun 1964 dan dalam bentuk animasi.
Mary Poppins Returns dicalonkan dalam beberapa anugerah di Golden Globe Awards, American Film Institute, Annie Awards dan Critics’ Choice Movie Awards.

Dalam waktu kesempitan atau inflasi, ramai yang mendapat kesan bagi membiayai hidup seharian. Ada yang sehingga rumah digadai akibat gagal membayar bulanan kepada bank. Dalam situasi ini, pihak bank mempunyai mekanisme yang piawai dalam mengutip bayaran bulanan. Bank tidak mahu tahu keadaan ekonomi atau masalah kewangan yang dihadapi oleh peminjam mereka atau sebab mengapa bayaran tidak dapat dilunas pada waktu yang sepatutnya. Surat peringatan akan tetap sampai dan pada waktu tertentu, rumah yang menjadi tempat berlindung peminjam akan dilelong. Dalam apa juga situasi, pihak bank akan tetap meraih keuntungan.

Mary Poppins Returns terbitan Walt Disney Pictures yang ditayangkan bersempena dengan Hari Natal kali ini membangkitkan isu kesempitan hidup disamping jenayah kolar putih yang diambil kesempatan oleh pengurus bank bagi merampas hakmilik orang awam.

Kisah berlakar di London pada 1935 sewaktu zaman inflasi dunia, Michael Banks lakonan Ben Whishaw yang kehilangan isteri terpaksa menyara sendiri tiga anaknya yang masih kecil. Disebabkan salah pengurusan wang, Presiden Fidelity Fiduciary Bank, William “Weatherall” Wilkins Jr. (Colin Firth), mengambil kesempatan dengan melupuskan dokumen saham kepunyaan keluarga Banks yang memungkinkan Banks mencagarkan sebagai penyelamat daripada rumah peninggalan keluarga mereka daripada digadai pihak bank.

Dari situlah Mary Poppins lakonan  Emily Blunt kembali sekali lagi bagi menyelamatkan keluarga Banks. Dalam siri yang lalu, Mary Poppins pernah rapat dengan keluarga Banks sebelum ini. Sebagai malaikat yang turun ke bumi, tugas Mary Poppins hanya perlu sedarkan kepada umat manusia yang dibantu bahawa tidak ada yang mustahil di dalam dunia ini dan tidak salah untuk berkhayal dalam mencapai cita-cita, terutama berusaha untuk mencapai sesuatu.

Dalam khayalan anak-anak Banks (John, Annabel dan Georgie) bersama Mary Poppins, sijil-sijil saham lama kepunyaan keluarga Banks dapat dijumpai semula dan ditebus. Rumah mereka akhirnya diselamatkan. Wilkins kemudiannya dipecat atas ketidakjujurannya dan berniat jahat.  Kesatuan buruh yang bersatu juga turut sama menyumbang dalam melawan jenayah kolar putih dan penindasan. Semuanya dilakarkan dalam muzikal dengan koreografi Broadway zaman tersebut yang menghiburkan.

Mary Poppins pernah sebelum ini difilemkan pada tahun 1964 lakonan Julie Andrews dan dalam bentuk animasi. Mary Poppins Returns dicalonkan dalam beberapa anugerah termasuk 10 Filem Terbaik 2018 oleh American Film Institute; Produksi Khas Animasi Terbaik oleh Annie Awards; Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Pelakon Wanita dalam Komedi Terbaik, Penskoran Terbaik dan Lagu Terbaik di Critics’ Choice Movie Awards.

Mary Poppins Returns ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Disember 2018.

 

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer
Comments

    Leave a Response