Other
Now Reading
Tempatan Fest, Port Ipoh: Dari Muzik Hingga Ke Fesyen
Next
Prev
243 0

Tempatan Fest, Port Ipoh: Dari Muzik Hingga Ke Fesyen

by Marwan ZApril 18, 2015

Mahukan acara keramaian muda-mudi untuk dikunjungi pada hujung minggu? Jika ya jawapan anda maka Tempatan Fest adalah tempatnya. Pada 4 dan 5 April 2015 yang lepas, Tempatan Fest edisi Ipoh telah berlangsung dengan jayanya di PORT Ipoh, Perak Darul Ridzuan.  Festival pakaian jenama tempatan ini dianjurkan hampir setiap tahun bermula Mac 2013 oleh TF Events yang berpejabat di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Selepas dari Tempatan Fest edisi ipoh ini, ia menjadi jelas kepada kami bahawa TF adalah satu festival yang berbaloi untuk menghabiskan masa hujung minggu anda pada penganjurannya yang akan datang.

Rata-rata crowd yang hadir pada TF edisi kali ini memberangsangkan dan datang dengan pelbagai stail dan imej yang tersendiri. Tapak festival telah dibanjiri seawal jam 12 tengahari lagi pada hari pertama dan kedua TF.  Crowd juga terdiri daripada anak muda yang sudah lama mengikuti dan meminati arus jenama pakaian ‘indie’ tempatan. Sebutkan sahaja jenama seperti Abstrax, Feed, dan Super Sunday – kebanyakan label ini sudah ada peminat mereka yang tersendiri di seluruh negeri.

Di bahagian pentas pula, kugiran tempatan yang melonjakkan suasana dan membawa energi rock n roll selama dua hari festival seperti kugiran tepi pantai, pitahati, Iqbal M, SOG, Nastia, 199X dan banyak lagi. Produksi filem Rock Bro arahan Mamat Khalid juga kelihatan diadakan pada hari tersebut di tapak festival. Lebih memeriahkan festival terdapat gerai makanan dan ruang untuk orang ramai bersantai sambil mendengar muzik dan menikmati makanan enak yang dijual.

Secara keseluruhannya, Festival dua hari ini padat dengan pelbagai acara seperti konsert, skate competition, sukan kalisteniks (calisthenics) dan yang paling utama jualan pelbagai jenama pakaian ‘streetwear’ tempatan. Terdapat lebih daripada 70 jenama tempatan pada festival tersebut, Biarpun cuaca agak terik sedikit namun ia tidak menghalang crowd untuk hadir dan memeriahkan TF edisi Ipoh kali ini. Kesemua acara berjalan lancar dan diharapkan penganjurannya pada masa akan datang dapat dianjurkan di peringkat yang lebih tinggi.

Jelajah tahun ini mengunjurkan 10 lokasi utama di mana Kuantan ialah lokasi pertama dan penganjuran di sana pada penghujung Februari lalu ternyata amat berjaya dengan jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang. Selepas TF Ipoh 2015, Tempatan Fest akan diadakan di Melaka. TF sememangnya adalah salah satu platform bagi label anak – anak tempatan yang patut di sokong kreativiti dan hasil olahan tangan mereka.

Saksikan video highlight Tempatan Fest edisi Ipoh 2015 di bawah:

About The Author
Profile photo of Marwan Z
Marwan Z
Marwan kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.
Comments

    Leave a Response