Film & TV
Now Reading
Wanita Malaysia Berjaya – fiksyen atau non-fiksyen ?
shama
165 0

Wanita Malaysia Berjaya – fiksyen atau non-fiksyen ?

by The Daily SeniApril 18, 2015

Actor slash comedian Shamaine Othman shares her thoughts on women’s roles in the local entertainment industry in this piece first published in the Retorik column of GLAM back in November last year.


Baru-baru ini Tan Sri Dr. Zeti Aziz telah dinamakan sebagai salah satu ketua bank pusat terbaik di dunia. Juara skuasy dunia, Datuk Nicol David meraih lagi satu pingat emas di Sukan Asia 2014 di Incheon Seoul. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood pada bulan Mei telah dilantik untuk mengetuai World Humanitarian Summit Secretariat di ibu pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Mereka adalah wanita Malaysia yang pintar, kuat , yakin dan mereka wujud. Saya pasti ramai di antara kita mengenali wanita yang berjaya seperti mereka. Soalan saya- mengapa watak-watak wanita di kaca tv dan layar filem bukan seperti wanita-wanita ini ?.

Kebanyakan drama-drama tempatan ini menengahkan watak-watak wanita yang berkerjaya tetapi konflik percintaan merupakan narrative utama. Bukan itu sahaja, watak-watak wanita digambarkan sebagai mangsa yang lemah.

Semenjak filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam saya dapati juga banyak drama di televisyen yang mempunyai plot rogol. Bagi pendapat saya, tidak mengapa untuk meletakkan plot rogol ( dalam nama artistic license) tetapi mengapa mangsa rogol ini perlu jatuh cinta atau bernikah dengan perogol mereka. Mengapa watak mangsa rogol itu tidak melaporkan insiden rogol itu kepada polis?

AdDa6qTijiVCRFtD7NtPzpqySqQ

Ombak Rindu is the third-highest grossing Malaysian film of all time.

Dari pemerhatian saya, rakyat Malaysia menonton drama televisyen dan filem-filem untuk ‘escape’. Bagaimana nak ‘escape’ jikalau watak-watak wanita hanya menjadi mangsa? . Apabila saya menonton sesuatu karya, I want to be inspired dan saya ingin ‘connect’ dengan watak-watak di televisyen. Saya berharap stesyen televisyen tempatan membuat keputusan untuk menerbit drama-drama yang mengutamakan watak-watak wanita yang kuat. Ya, tidak dinafikan, urusan hati memang penting bagi kaum wanita. Saya kenal ramai wanita berkerjaya yang sering meluahkan perasaan dengan ‘girlfriends’ tentang ‘love life’ mereka tetapi itu yang membuatkan wanita unik. Di samping mencapai cita-cita, kami juga ingin ‘the perfect man’, sebagai pendamping.

Suatu lagi fenomena di persada hiburan di Malaysia adalah populariti ‘artis’ wanita mengikut paras rupa dan bukan mengikut bakat. Saya pernah mengikuti sebuah program realiti tempatan di mana salah satu pesertanya seorang gadis yang cantik dan manis. Apabila rancangan itu disiarkan, pasti ada saja yang akan ‘tweet’ sebegini; “dia tu lawa lah…saya berharap dia jadi pelakon”. Bagi saya jika anda ada “the whole package”, syabas tetapi kami sebagai penonton perlu lebih pintar untuk menilai kebolehan seorang ‘artis’.

Rakan-rakan seperjuangan saya Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz baru-baru ini telah menjadi pengacara rancangan hiburan, Melodi. Saya amat berbangga dengan mereka kerana ‘finally’ mereka diberi peluang hebat ini untuk menunjukkan bakat mereka yang cukup elok. Sherry dan Zulin adalah pelakon wanita yang berkebolehan, mereka sungguh kelakar dan mereka mempunyai tenaga yang hebat. Saya begitu kecewa apabila melihat ‘tweet’ penonton rancangan itu yang sibuk memberi komen tentang saiz badan mereka. When are we going to start looking beyond the appearance of our female stars?

Jadi bagaimana kita boleh menukar keadaan ini ? Perubahan perlu berlaku dari semua pihak. Para penerbit perlu membuat keputusan untuk menerbit drama-drama yang tidak lagi menampilkan watak-watak wanita yang lemah. Stesen-stesen televisyen perlu memberi perhatian pada drama-drama yang diluluskan. Para pelakon wanita mungkin boleh lebih berhati-hati sebelum menerima watak-watak yang diberi.

Mengapa isu ini merisaukan saya ? Saya mempunyai beberapa anak buah perempuan, saya tidak mahu mereka membesar menonton watak-watak wanita yang lemah sebegini. Pada waktu saya kecil, saya gemar menonton drama bersiri dari Amerika, Cagney and Lacey. Drama bersiri ini mengisahkan dua anggota polis di Manhattan, New York. Saya tidak pernah ada cita-cita nak menjadi polis tetapi apa yang saya ambil dari siri itu ialah jika anda wanita dan cita-cita anda adalah untuk menceburi kerjaya yang biasanya dikuasai lelaki, you can do it! Bukan nak kata drama-drama atau filem-filem tempatan tiada watak-watak wanita yang kuat. Ada tetapi cuma sedikit sahaja. We can afford to have more.

Satu lagi sebab mengapa isu ini merisaukan saya adalah kerana saya seorang wanita dalam industri hiburan tempatan. Saya tidaklah sepopular Lisa Surihani atau Siti Saleha. Saya masih menganggap diri saya sebagai pendatang baru di industri ini. Sebagai seorang penulis, stand-up comedian dan pelakon wanita baru, saya masih cuba mencari ‘suara’ saya. Saya ingin suara saya memekik dengan lantang kekuatan wanita- wanita di Malaysia menerusi kerja-kerja saya. Kini tahun 2014, industri hiburan tempatan perlu lebih banyak lagi strong female centric shows. Untuk kajian peribadi anda, saya ingin menyeru anda untuk mengira berapa watak-watak wanita yang kuat dan bukan mangsa di dalam drama tempatan yang anda akan tonton pada bulan ini. Kita boleh pastikan perubahan berlaku. Wanita Malaysia boleh!

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.

Leave a Response