Music
Now Reading
Hujan 10 Tahun: ‘Rock ‘n’ Roll To The Moon’!
IMG_2148
644 0

Hujan 10 Tahun: ‘Rock ‘n’ Roll To The Moon’!

by Marwan ZNovember 9, 2015

TAHUN 2015 adalah tahun yang baik buat industri muzik Malaysia. Daripada single “Feel Good” oleh Paperplane Pursuit yang menusuk carta Billboard US, kebangkitan bakat-bakat baru yang fresh seperti Bil Musa dan Froya yang nampak menjanjikan sesuatu serta semestinya show yang hebat dan berkualiti oleh pemuzik tempatan.

ds4

Foto: Marwan Zaharudin.

Selepas kejayaan Bunkface di pesta Summersonic Jepun, Yuna Live in Malaysia, kini tiba pula giliran kugiran rock ‘n’ roll tempatan Hujan merancakkan lagi scene muzik Malaysia. Walaupun telah melalui pelbagai dugaan selama sepuluh tahun seperti insiden di Johor Bahru, tidak dinafikan Hujan mempunyai peminat tempatan yang fanatik memegang panji-panji perjuangan muzik Hujan. Sebulan sebelum konsert dan tiket sudah pun sold out dijual. Crazy huh?

IMG_1554

Foto: Thelalalaproject, official photographer Konsert#HUJAN10TAHUN.

Petang itu, Hujan nampak tiada sebarang perbezaaan daripada versi yang lalu: masih lagi satu unit yang padu, steady rock ‘n’ roll, tenaga yang tiada limit dan passion yang tinggi bermain muzik – segalanya dicurahkan di atas pentas. Ya, itulah kekuatan Hujan, yang membuatkan mereka masih lagi kukuh terus bermain muzik. Memulakan persembahan dengan lagu terbaru “Pemicu Gila” – antara opening konsert yang terbaik pernah dilihat setakat ini.

Ia seperti menghadiri satu festival muzik yang terdiri daripada pelbagai genre muzik – ada kalanya anda boleh pergi sekeras “Mana Mungkin”, kemudian bermain dengan efek dubstep “Lamunan Terhenti” dan kembali ballad menerusi “Hiba”. Fantastik dan menyeronokkan. Beberapa sosok terkemuka juga turut dilihat pada hari itu seperti Nabila Huda, Aril, Mizz Nina dan juga Mat Luthfi. Hujan juga membuat beberapa gubahan baru untuk lagu lama seperti lagu “Aku Skandal” – lebih kontemporari dan anda mungkin tidak akan teragak-agak untuk melompat.

ds1

Foto: Marwan Zaharudin.

Rutin di dalam ruang KL Live masih lagi sama – Raingers yang energetic untuk singalong daripada setiap baris ayat ke setiap lagu, aksi-aksi crowdsurfing dan interaksi antara Noh dan Raingers yang sangat sporting. Petikan gitar daripada Ag Coco juga sangat solid dan boleh dikira salah satu highlight pada persembahan hari itu. Lebih daripada 30 lagu dibawa pada petang itu antaranya lagu-lagu daripada album Sang Enemy, Lonely Soldier Boy, Mencari Konklusi dan lagu-lagu terbaik mereka sejak daripada EP 1,2,3 GO!

Detik paling terbaik untuk diingati? Terlalu banyak. Setiap bait-bait lagu yang dimainkan patut diingati, segmen emosi Kak Nur di atas pentas (Raingers #1 Hujan), TIFO Hujan yang diangkat ketika lagu “Kembara” dan beberapa ahli lama Hujan yang datang untuk rocking bersama di atas pentas seperti Hang Dimas, Dugong dan Jaja. Aksi crowdsurfing daripada semua ahli Hujan pada akhir konsert juga adalah antara yang paling manis untuk diingati.

IMG_3383

Foto: Thelalalaproject, official photographer Konsert#HUJAN10TAHUN.

Keseluruhannya, Hujan 10 Tahun adalah satu persembahan yang propulsif padu bercampur-baur perasaan daripada Hujan, sepanjang lebih 30 lagu mereka telah berjaya mengerakkan setiap sendi dalam badan untuk terus berinjak bersama. Ia adalah satu perkara yang menakjubkan sepanjang sedekad penubuhan Hujan, lebih mengujakan apabila membayangkan di mana halatuju mereka pada masa akan datang.

About The Author
Profile photo of Marwan Z
Marwan Z
Marwan kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.

Leave a Response