Other
Now Reading
Transliterasi Manuskrip ‘Hikayat Raja Babi’ oleh Penerbit FIXI
Next
Prev
52 0

Transliterasi Manuskrip ‘Hikayat Raja Babi’ oleh Penerbit FIXI

by The Daily SeniJanuary 28, 2015

Pada 26hb Januari yang lepas, portal berita tempatan Malaysia Kini mengeluarkan berita yang menyatakan bahawa penerbit buku FIXI bakal menerbitkan manuskrip Hikayat Raja Babi yang telah pun berusia hampir 240 tahun, dihasilkan pada 1775.

Menarik untuk diperhatikan bahawa manuskrip ini dihasilkan atas usaha pengarang sendiri, seorang pedagang Jawa yang bernama Usup Abdul Kadir. Berbeza dengan manuskrip Melayu yang lain seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang merupakan penulisan yang dihasilkan untuk menjulang pentadbiran Istana.

Buku yang bakal diterbitkan pada bukan April nanti bakal memberi harapan kepada rakyat umum di negara kita. Melalui berita penterjemahan itu, pelbagai soalan mulai timbul daripadanya. Adakah isinya jelas berbeza dengan hikayat yang lain sezamannya, adakah ianya merupakan salah satu tulisan yang turut memberikan penghargaan yang tinggi kepada sistem feudalisme?

Dan adakah ini merupakan salah satu langkah pertama bagi penerbit mandiri yang lain untuk memulakan proses penterjemahan bagi buku-buku yang lain, yang lebih enak dan kritikal daripada segi intinya?

Pihak Daily Seni berjaya menemuramah Amir Muhammad, selaku peneraju utama syarikat penerbitan FIXI tentang projek terbaru iaitu transliterasi manuskrip lama.

Kenapakah ‘Hikayat Raja Babi’ dipilih untuk diterbitkan semula oleh syarikat penerbitan FIXI, jikalau ingin dibanding dengan manuskrip Melayu yang lain?

Adakah syarikat penerbitan FIXI ingin memainkan peranan sebagai jambatan diantara generasi anak muda dan hasil karya kerajaan lama, dimana kebanyakkan sumber yang lama tidak lagi mempunyai daya tarikan yang menarik?

Adakah pendekatan seperti ini merupakan suatu pendekatan untuk meningkatkan minat anak muda untuk menghargai pembacaan buku-buku lama, sebagai proses pengukuhan minda anak muda dari segi konteks sejarah mereka?

Melalui berita yang dilaporkan di Malaysia Kini, En. Amir menyebut tentang perbezaan manuskrip Hikayat Raja Babi, iaitu hikayat ini dihasilkan bukan dibawah arahan Istana. Apakah perspektif menarik yang dapat dipelajari dan difahami oleh para pembaca nanti?

FIXI Retro sebelum ini juga pernah menerbitkan hasil penulisan Usman Awang, apakah karya-karya lain yang dapat dikirakan berbaloi untuk diterbitkan semula oleh pihak penerbitan FIXI?

Apakah kayu ukur utama bagi syarikat penerbitan FIXI di dalam menentukan karya yang harus diterbitkan semula?

Apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak FIXI untuk menterjemahkan karya manuskrip ‘Hikayar Raja Babi’?

Syarikat penerbitan FIXI telah pun membuat perjanjian urus niaga dengan syarikat Primeworks untuk menghasilkan beberapa filem, apakah berita terbaru yang pihak FIXI boleh kongsikan dengan para pembaca?

Berikut adalah sedikit sedutan ataupun pengenalan ‘Hikayat Raja Babi’ yang bakal dipasarkan pada bulan April nanti.

Demikianlah cetera dikonon  raja sebuah negeri di gunung berapi Rantau Panjang

Tebing Berukir. Syahdan akan namanya Seri Sultan Tahir Syah. Peri beberapa lamanya baginda di atas takhta kerajaan itulah syahdan berapa ratus banyak menterinya dan beribu-ribu banyak hulubalangnya. 

Bagindalah raja yang bernobat tujuh kali sehari dan tabal tujuh kali semalam dan disembah oleh menteri, hulubalang. Disembah rakyat hina-dina, tentera berlok-lok kati bejana.

Ada kepada suatu hari baginda semayam di balairong dihadap oleh segala raja-raja, menteri, hulubalang yang beribu-ribu banyaknya semuanya dengan senjatanya masing-masing dengan perhiasan, maka Baginda Sultan fikirlah di dalam hatinya :

“Wah! Sayang sekali kebesaranku ini akan terbuanglah gerangan kerana aku tiada berputera. Oh! Malangnya badanku tuan”.

Lalu baginda memberi titah kepada Raja Mangkubumi :

“Ayuh kekanda! Tolong bicarakan kita hendak berputera. Ingin pulak rasanya kita.”

Maka Raja Mangkubumi pun sujud menyembah. Sembahnya:

“Daulat Tuanku Girgayu!  Sebenarnyalah titah Yang Maha Mulia itu sahaja terjunjung di atas batu kepala yang diperhamba.”

Setelah sudah memberi titah, maka Seri Sultan Raja Besar pun berangkatlah naik ke mahligai baginda, semayam di merong  peranginan dihadap siti dayang-dayang perwahara  mendera  berjawatan. Maka beraturlah segala gundik sultan datang menghadap baginda itu.

Sebermula akan Raja Mangkubumi pun menyuruhkan Bentara empat puluh orang pergi kepada segala raja-raja yang besar-besar kerajaan meminang anak segala raja-raja akan jadi permaisuri semuanya dikahwini oleh baginda kerana baginda sangat hendak berputera itu.

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.
Comments

    Leave a Response