Editorial
Now Reading
Tracks of the Week: Nasyeed Edition
nasyeed
152 0

Tracks of the Week: Nasyeed Edition

by Zim AhmadiJune 8, 2017

Di bulan Ramadhan ini, kita semua ada iltizam untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi seorang insan yang soleh. Jadi minggu ni kami telah sediakan senarai lagu untuk membersihkan hati anda. It’s time to cleanse your soul with these catchy and spiritual tracks!


Harapan Ramadan  – Man Bai & Raihan

Lagu ini merupakan “go-to” song yang sering dimainkan pada bulan Ramadhan. Lagu ini mempunyai status lagenda yang amat disegani, sehingga milenial kaki-kaki Youtube juga tahu dan hafal (sekurang-sekurangnya satu ada dua baris lirik) lagu ini. Harapan Ramadan istimewa sebab lagu ni merupakan lagu kolaboratif antara penyanyi nasyid dan juga penyanyi balada akustik yang memang terkenal pada masa tersebut. Sebut sahaja Man Bai, kita akan tahu lagu Kau Ilhamku dan bagi Raihan pula? Tidak perlu pengenalan.


Kalah Dalam Menang – Mawi & Syamsul Yusof

Walaupun filem Munafik merupakan filem horror tetapi dia telah mengajar kita nilai murni dan akibat melanggar syariat Islam. Filem ini disokong oleh lagu OST gandingan Mawi dan pengarahnya Shamsul Yusof. Lagu ini best sebab dia mempersoalkan tentang erti kehidupan. Di samping itu, lagu ini juga menceritakan tentang hikmah di sebalik segala cabaran yang dilalui. Lagu ini masih mengekalkan trend genre rap dan nasyid bergabung.


Assalamualaikum – Faizal Tahir

Faizal Tahir telah memberi impak yang besar terhadap masyarakat melalui lagu ini. Lagu ini telah diangkat sebagai Lagu Kemanusiaan Terbaik di Majlis Sukarelawan yang dianjurkan iM4U pada tahun 2016Assamualaikum merupakan lagu yang unik dalam list ini kerana ia juga boleh dikategorikan sebagai lagu kemanusiaan yang sesuai untuk khalayak ramai tidak kira bangsa dan agama.


Kullul Hubbi (1 Moment For Them)– Mu’adz Dzulkefly, Noh Salleh, Aizat Amdan & Faizal Tahir

Faizal Tahir sekali lagi telah mengeluarkan lagu kemanusiaan tetapi kali ini, ianya lebih tertumpu kepada warga pelarian Syria. Untuk lagu ini, Faizal Tahir berkolaborasi bersama Aizat AmdanNoh Salleh, dan Mu’adz Dzulkefly. Lagu ini dapat memberi sedikit rasa compassion dan humane terhadap pendengar yang mendengarnya. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mengajar kita supaya sentiasa membantu antara satu sama lain dan menanam rasa rendah diri dalam hati.


Alhamdulillah (ft. Yasin) – Too Phat

Too Phat merupakan duo yang utama yang menggabungkan dan menaikkan genre rap dan nasyeed. Lagu ini membuktikan bahawa alunan merdu suara seorang penyanyi nasyid tidak janggal jika dicampurkan dengan rap berima dan berpuisi. Kalau anda hendak rasa erti bersyukur, dengar-dengarlah lagu ini.


Ramadan – The Alif feat Adi Akmal, Firdaus If-One, Puteri If-One, Putera Aiman

Lagu ini sesuai untuk budak-budak yang ingin membelajar tentang Bulan Ramadan. Dengan adanya suara penyanyi cilik, lagu ini memberi pendekatan kepada generasi bawah 12 tahun dan juga membuatkan lagu ni comel sekali!


Syukur – Altimet

Syukur merupakan lagu bergenre rap sepenuhnya dan lagu ini memberitahu kita supaya sentiasa bersyukur walau di mana sahaja anda berada. Altimet bahawa tidak ada salahnya genre rap ini diangkat sebagai nasyeed jika ia mempunyai mesej yang positif.


Demi Masa – Raihan

Siapa tidak kenal Raihan? Mereka merupakan salah satu kumpulan nasyeed yang paling terkenal di Malaysia. Demi Masa merupakan sebuah lagu yang mengajar tentang kepentingan menguruskan masa. Dengan aura lagu yang sangat menginsafkan, lagu ini memang boleh menusuk kalbu pendengar. Tambahan lagi, lirik lagu ini digarab daripada Surah Al-‘Asr yang memberi impak yang sangat besar.

Selamat menjalani ibadah puasa, dan jangan lupa tarawih! Kalau korang ada lagu nak rekomen, jangan segan-segan untuk hantarkan kepada kami melalui Facebook dan Twitter!

About The Author
Profile photo of Zim Ahmadi
Zim Ahmadi
Managing Editor for Daily Seni. Eats surreal for breakfast. Peminat muzik tegar, budak baru belajar.

Leave a Response