Music
Now Reading
The Wknd Sessions Live Finale Dan Pengumuman Pemenang Dana Rakaman
TWSL Finale Promo 612x612-01
89 0

The Wknd Sessions Live Finale Dan Pengumuman Pemenang Dana Rakaman

by The Daily SeniOctober 8, 2015

KEWUJUDAN The Wknd Sessions (ataupun Sesi Hujung Minggu) selama beberapa tahun kian memberi keyakinan kepada para pemuzik mandiri untuk menyatakan kewujudan mereka di dalam gelanggang industri muzik tempatan. The Wknd Sessions telah menghasilkan empat siri muzik, yang memuat naik video-video persembahan langsung kugiran-kugiran serta akta terpilih.

Di antara kugiran-kugiran terkemuka yang pernah turut terlibat adalah Couple, Seven Collar T-Shirt, Monoloque, Pitahati, The Venopian Solitude dan banyak lagi. Ia merupakan salah satu landasan utama di rantau ini yang memberi penekanan utama kepada muzik-muzik alternatif yang jarang benar didendangkan di radio arus perdana.

Dan untuk tahun ini, dengan kolaborasi bersama penaja utama, Hotlink, mereka menyajikan pendekatan yang baru. Iaitu dengan menghasilkan persembahan secara langsung dan melakukan penjelajahan ke Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan juga Kuching selama beberapa bulan yang lepas.

graduan Berklee College dan biduanita neo-soul, Najwa Mahiaddin

Graduan Berklee College dan biduanita neo-soul, Najwa Mahiaddin.

Kini mereka bakal mengakhiri jelajah nasional dengan persembahan terakhir pada esok malam bersamaan 9 Oktober ini, bermula jam 8 malam di Playspace LIVE, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Acara mempamerkan para seniman tempatan yang terakhir ini bakal menjemput beberapa artis termasuk graduan Berklee College dan biduanita neo-soul, Najwa Mahiaddin dan juga kugiran ‘pasca-rock’ tempatan iaitu mutesite.

Kugiran Pasca-rock Tempatan Mutesite

Kugiran pasca-rock tempatan, Mutesite.

Acara terakhir ini turut mempersembahkan tiga kugiran finalis Dana Rakaman The Wknd (The Wknd Recording Fund) iaitu Kyogg, Orang Malaya, dan Golden Mammoth.

Pemenang dana rakaman bakal diumumkan pada penghujung acara dan bakal memenangi hadiah sebanyak RM 10,000. Pemenang pertama juga bakal memenangi urus janji rakaman bersama pihak kurator-kurator The Wknd.


Tempat duduk untuk acara persembahan The Wknd Sessions Live boleh ditempah di http://peatix.com/event/119031.

TWSL FINALE Promo 815x315-01

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.

Leave a Response