Film & TV
Now Reading
Reviu: Drama Bertemakan Kekeluargaan, ‘Redha’ Memegang Harapan dalam Pengarahan Filem
IMG_0290 2
284 0

Reviu: Drama Bertemakan Kekeluargaan, ‘Redha’ Memegang Harapan dalam Pengarahan Filem

by The Daily SeniApril 19, 2016

ADA kalanya  filem tempatan kita terbikin dengan tiada cela yang ketara lantas memberi harapan akan keupayaan industri perfileman Malaysia. Filem-filem seperti Munafik dan Boboiboy The Movie membuatkan kita percaya dalam kebolehan sinema tanah air kerana sudah mampu untuk dibandingkan dengan keluaran-keluaran Hollywood.

Tunku Mona Riza mencapai kualiti ini dengan Redha. Karya sulungnya ke layar perak ini yang ditayangkan sejak 14 April lalu berkisar tentang autisme – melalui penyelidikan selama dua tahun – seorang anak sebuah pasangan yang berpremis di pantai utara Malaysia.

Dengan berbekalkan pinjaman Bank Simpanan Nasional dan bantuan suami merangkap produser, Ku Mohamad Haris, Tunku Mona Riza menghubungi rangkaian kenalan dan organisasi untuk mengenal dan memahami lantas memberi gambaran yang selaras dengan keadaan mental seorang yang menghidap autisme.

IMG_0216

Dalam Redha, hubungan Razlan dan Alina menjadi tegang dengan pengetahuan bahawa perangai aneh anak mereka Danial. Sasha, kakak kepada Alina dan kawan lamanya Kat akhirnya memperoleh cara untuk mendekati dunia anak lelaki tersebut.

Akan tetapi, suatu bencana berlaku lalu keluarga tersebut perlu mencari ketenangan dengan takdir mereka dalam membesarkan Danial. Lakonan ini dijayakan oleh Nam Ron dan June Lojong sebagai teraju utama yang turut dibantu oleh Nadiya Nisaa, Susan Lankester dan Remy Ishak.

Filem ini menyingkap sikap masyarakat Malaysia dengan paparan persepsi kita terhadap autisme melalui interaksi Danial dengan dunia sekelilingnya. Kedengaran masyarakat sekeliling mengatakan anak itu ‘manja’ atau ‘bodoh’. Ayahnya enggan menerima kelainan anaknya, walaupun ada segelintir yang nampak keistimewaan yang ada pada Danial.

Walaupun cerita ini tentang autisme yang dihidapi Danial, namun filem ini hanya membiarkan anak itu dengan perlakuannya. Pemahaman dan isi hati Danial terhadap dunia sekelilinganya akan terkubur menjadi satu rahsia. Apakah yang berlaku di dalam minda anak ini apabila dia enggan berintraksi dengan orang lain? Sebaliknya, Tunku Mona cuba meletakkan fokus terhadap kasih sayang ibubapa yang tidak putus terhadap anak mereka.

Tenaga pakar yang membantu Tunku Mona dalam aspek visual bagi filem ini adalah pengarah fotografi Yudi Datau (Arisan, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) dan pengarah seni Zaini bin Abdul Latiff (Mukhsin), menjadikan elemen gabungan laut dan darat di dalam filem ini lebih bermakna.

Tempat kerja Razlan, Wisana Resort, memikat penonton dengan gambaran laut dan mataharinya lalu memberi penekanan terhadap visual lanskap termasuk juga adegan dalam air yang menarik.

IMG_0462

Biarpun dengan fotografi dan suntingan yang minimal, Tunku Mona tetap mampu meletakkan dirinya sebagai sutradara yang efektif melalui telefilemnya Parit Jawa. Kini aspek itu kembali lagi dengan lebih mantap menerusi kerjasama beliau dengan Yudi Datau yang membawa harapan lebih positif terhadap kualiti filem tempatan.

Secara keseluruhannya, adalah sukar untuk mencari kesalahan di dalam Redha. Filem ini tampak kemas dan membekalkan fokus secara konsisten. Filem ini tidak menyuap atau memaksa anda untuk ketawa atau menitiskan air mata.

Persoalan tentang sambutan filem Redha di dalam pawagam akan menjadi tanda tanya pelbagai pihak, namun sekurang-kurangnya Tunku Mona patut sedar bahawa masa depannya sebagai sutradara harapan tanah air telah terjamin.

Five-pointed_star35


Ulasan asal dalam Bahasa Inggeris. Diterjemahkan oleh Shufitri Shukardi dan disunting oleh The Daily Seni.

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.

Leave a Response