Editorial
Now Reading
Teater Bangsawan Pat Ibrahim akan menjelajahi Semenanjung Malaysia
SONY DSC
171 0

Teater Bangsawan Pat Ibrahim akan menjelajahi Semenanjung Malaysia

by Zim AhmadiMay 5, 2018

SETELAH muncul dengan produksi sulung yang berjudul Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017, kini Pat Ibrahim Project Entertainment maju setapak lagi untuk membawa acara di bawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar: Jeyarawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018.

Pat Ibrahim Project Entertainment (PI.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) membawakan jelajah ini bermula pada bulan Jun 2018 dengan melibatkan lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Jeyarawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB2018) diadakan bertujuan untuk memperkasakan seni persembahan, kebudayaan dan warisan dalam konteks bangsawan melalui empat komponen di dalamnya teridir dar forum, pameran, jualan, bengkel dan persembahan pentas.

Misi JPBWB2018 ialah untuk memelihara warisan dan budaya. Projek debut P.I.P.E, Bangsawan Dendam Laksamana membawa kembali kemuliaan dan era Bangsawan yang megah. Produksi ini membawa penonton ke pemandangan Johor Lama, kira-kira 318 tahun lalu.

Pat Ibrahim

Pat Ibrahim

Jerayawara ini bakal menjelajah Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan akan berakhir di Kuala Lumpur.
Bangsawan Dendam Laksamana, cerita dari mata penulis, berdasarkan pada halaman Tuhfat Al Nafis, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 yang dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana makan nangka Sulta. Kisah yang mengerikan ini sangat popular di kalangan orang Melayu.

Kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom.

Teater bangsawan biasanya menggunakan bahasa Melayu tradisional yang sukar difahami, tetapi dengan produksi ini, bahasa di dalam Bangsawan Dendam Laksamana diperbaharui oleh Penulis Skrip, Siti Jasmina, supaya senang difahami oleh khalayak ramai.  Walaupun ada pembaharuan, kecantikan bahasa tersebut masih dikekalkan oleh Siti Jasmina.

“Selain daripada bahasa, teater bangsawan Bangsawan Dendan Laksamana juga dibaharukan dari segi teknologi yang diguna, seperti projection mapping dan animasi”, kata Pat Ibrahim, penerbit dan pengarah.

Selain daripada persembahan teater, P.I.P.E. juga akan memberi bengkel seni persembahan, pameran, dan forum sepanjang masa jerayawara.

Perihal P.I.P.E.

Projek-Projek Pat Ibrahim (PIPE) mewujudkan kesedaran tentang keperluan untuk menyatukan bakat-bakat muda dari pelbagai cabang teater – tarian, muzik dan penulisan, yang mencari peluang dalam kerja kreatif dan juga usaha Kerajaan untuk membentuk masyarakat patriotisme dan identiti diri progresif.

Maklumat Bangsawan Dendam Laksamana

Senarai Ketua Produksi dan Kreatif

Penerbit & Pengarah:  Pat Ibrahim
Pengurus Projek: Eja Ibrahim
Penulis Skrip: Siti Jasmina
Pengarah Muzik: Saiful Ridzuan
Pengarah Teknikal: Adam Sofian Mazlan
Pengurus Pentas: Patricia Gui & Hamidon Abd Hamid
Pengarah Lampu: Yusman Mokhtar
Pereka Kostum: Akma Suriati Awang
Jurutera Suara: Mohd Najib Adul Shukor
Pengarah Vokal: Fitri Hiswady

Senarai Pelakon
Hairi Safwan         sebagai       Laksamana Megat Seri Rama
Nadia Aqilah         sebagai       Wan Anum
Anwar Rusdini      sebagai      Sultan Mahmud Syah II
Ahmad Iswazir      sebagai      Seri Bija Wangsa
Naque Ariffin         sebagai      Tun Aman
Azizah Mahzan      sebagai      Pawang Sadewata
Yusof Hashim        sebagai      Penglipur Lara
Naszally                   sebagai     Kuntum & Penari
Tria Aziz                  sebagai     Mayang
Azhar Zainal           sebagai     Madi, Bentara 1 & Pedagang 1
Surnia Fizul            sebagai     Madi, Bentara 2 & Pedagang 2
Yna Rose Noah      sebagai     Penari
Asmidar                  sebagai      Tun Aria & Penari


Follow Pat Ibrahim Project Entertainment on Facebook for more updates.

About The Author
Profile photo of Zim Ahmadi
Zim Ahmadi
Managing Editor for Daily Seni. Eats surreal for breakfast.

Leave a Response