Other
Now Reading
Tales Of Apocalypse’ Kesan Pencemaran Alam Sekitar
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
130 0

Tales Of Apocalypse’ Kesan Pencemaran Alam Sekitar

by In house WriterDecember 24, 2018

Selain daripada menekankan dan mempunyai penelitian dari aspek teknikal dan proses berkarya, Latif turut meletakkan makna dan mesej yang memberi tindak balas kepada permasalahan yang berlaku kepada alam impak dari perbuatan manusia itu sendiri.

Akibat gangguan minda daripada pencemaran alam sekitar, pelukis realisme Latif Maulan mendapat inspirasi menghasilkan karya-karya yang bertemakan alam. Namun, beliau masih mengekalkan popularitinyadalam bidang photo-realisme yang mengimbangi permintaan-permintaan dalam pasaran lukisan di negara ini.

Dengan pendekatan hyperrealisme ini, perincian lukisan yang dipamerkan mencipta satu illusi baru dengan menekankan elemen seni lukis termasuklah kesan pencahayaan, komposisi dan tekstur elemen yang menjadi subjek lukisan. Malah dalam masa yang sama, pelukis mengolah semula emosi kemanusiaan melalui ekspresi yang digambarkan.

LATIF MAULAN

LATIF MAULAN

Sebagai pelukis yang sudah berkecimpung dalam industri seni halus selama 20 tahun,’Tales of Apocalypse’ merupakan  pameran lukisan ketiga solo beliau,Pada tahun 2011 Latif Maulan pernah mengadakan pameran solo ‘Without Voice’.  Latif konsisten dimana subjek air sememangnya adalah imajan. Menurut Latif, beliau menggunakan subjek kajian ekspresi sifat percikan air dalam situasi yang berbeza, unsur alam dan manusia yang digambarkan mempunyai satu hubungan yang saling melengkapi.

Selain daripada menekankan dan mempunyai penelitian dari aspek teknikal dan proses berkarya, Latif turut meletakkan makna dan mesej yang memberi tindak balas kepada permasalahan yang berlaku kepada alam impak dari perbuatan manusia itu sendiri. Permasalahan global yang berkaitan alam sekitar dan perubahan cuaca adalah salah satu isu yang cuba dibawa dan bagaimana ianya memberi kesan dalam kehidupan seharian dan ianya juga adalah seperti satu petanda yang buruk untuk masa hadapan.
‘Tales of Apocalypse’ sedang berlangsung di Titikmerah Gallery, Art Row Publika sehingga 31 Disember 2018. Pameran ini merupakan penutup bagi acara mereka tahun ini dan secara konsitennya menghasilkan satu pameran setiap bulan.  Pameran ini juga merupakan penutup bagi Titikmerah sebagai sebuah geleri seni dan bermula 2019 mereka akan lebih aktif bergerak secara dalam talian.

Titikmerah Gallery ditubuhkan sejak hampir lima tahun yang lalu. Selain daripada mempamerkan karya-karya artis dari Titikmerah sendiri, mereka juga menggalakkan pelukis-pelukis terutamanya yang baru  untuk menggunakan ruang mereka untuk pameran. Selain itu, Titikmerah juga menganjurkan bengkel-bengkel seni halus.

Selain daripada menekankan dan mempunyai penelitian dari aspek teknikal dan proses berkarya, Latif turut meletakkan makna dan mesej yang memberi tindak balas kepada permasalahan yang berlaku kepada alam impakdari perbuatan manusia itu sendiri.

48370385_2311944155542406_8404614973745004544_o

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response