Now Reading
SHOWCASE MAFIDZ SETELAH ENAM BULAN TERBITKAN ALBUM
Mafidz Full Band
16 0

SHOWCASE MAFIDZ SETELAH ENAM BULAN TERBITKAN ALBUM

by In house WriterMarch 15, 2019

Mafidz telah membuat persembahan antarabangsa mereka yang pertama di acara ‘International Indie Music Festival’ di Jakarta pada Oktober 2018.

Mafidz, kumpulan baru yang terkenal membawa genre ‘Folk-Pop’ serta gabungan unsur-unsur muzik Nusantara akan mengadakan showcase solo pertama pada hujung bulan ini setelah menerbitkan album sulung mereka berjudul ‘Ada Angin & Hati’ pada September lalu. Album tersebut diterbitkan dibawah label mereka sendiri, Impact Diversified Consultancy dan telah mendapat sambutan positif yang meluas dari pendengar dan pengkritik muzik luar serta tanah air.

Musical Showcase ini nanti adalah tanda terima kasih dan menghargai media serta peminat yang telah mendukung kehadiran Mafidz di industri muzik tempatan, Mafidz akan mengadakan persembahan muzikal sekaligus melancarkan album mereka secara rasmi.

Mafidz diketuai oleh tiga beradik yang berasal dari keluarga yang meminati seni iaitu Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal & gitar akustik) & Megat Aizzat (vokal & perkusi) yang berperanan sebagai pencipta, penggubah dan penulis lirik dalam album sulung mereka. Usaha mereka seolah meneruskan legasi bapa saudara mereka iaitu Almarhum Megat Ismail, seorang komposer lagu antara lainnya adalah lagu ‘Metropolitan – Fikirkan Boleh’, dan juga penulis lirik untuk lagu ‘Exists – Untukmu Ibu’.

Mafidz membawakan lagu-lagu yang berunsur positif dan berjiwa rakyat serta menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa. Mempunyai keinginan untuk memberi warna ke dalam industri muzik tempatan, Mafidz bekerjasama dengan lima orang pemuzik profesional sebagai pemain tetap Mafidz yang menggunakan alat muzik seperti double bass, piano, gitar elektrik, perkusi dan cello.

Mafidz telah membuat persembahan antarabangsa mereka yang pertama di acara ‘International Indie Music Festival’ di Jakarta pada Oktober 2018. Mereka menghiburkan para penonton yang hadir di acara tersebut dengan persembahan kesemua lapan buah lagu dari album  ‘Ada Angin & Hati’ yang dicetak pada bulan September 2018.

Musical showcase yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2019 ini nanti akan diadakan di Angkasa Space, 1-1 Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Maklumat lanjut mengenai persembahan ini boleh berhubung secara terus melalui aplikasi WhatsApp 012 219 2214.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response