Editorial
Now Reading
SERIUS CARI MAKAN ANAK SENI
mef
178 0

SERIUS CARI MAKAN ANAK SENI

by In house WriterFebruary 16, 2019

“Saya rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan diri selepas beberapa individu membuat tuduhan itu sedangkan mereka tidak mengenali atau tahu perjalanan yang saya lalui,”

Oleh: Opie Sofia

Apabila penyanyi Misha Omar tampil bersama dua peguam pada petang Jumaat lalu (15 Februari 2019) mengangkat keseriusan masalah di laman internet, pelbagai ketukan muncul di kesedaran khalayak.

Ada yang menganggap apa perlu dilayan netizen yang tidak dikenali asal dan usul namun majoriti menganggap ini sebuah langkah yang menunjukkan sisi serius anak seni terhadap maruah pekerjaan serta perjalanan seni mereka. Misha antara anak seni yang berani bangkit atas kesedaran itu.

Dituduh bersubahat dan mengangkat unsur-unsur syirik dan khurafat untuk memenangi sebuah pertandingan juara lagu bukanlah sesuatu yang enteng di mata Misha. Berawal dengan jujur menganggap itu satu sisi remeh namun kemudian penerusan tuduhan tidak berakhlak individu-individu tanpa akal panjang ini serius dianggap mampu merosakkan reputasi kerja dan prestasi moralnya di mata masyarakat dan keluarga terdekat khususnya.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan diri selepas beberapa individu membuat tuduhan itu sedangkan mereka tidak mengenali atau tahu perjalanan yang saya lalui,” sebak Misha bertanda di hujung ayatnya.

Sidang media tersebut turut disertai peguam dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil iaitu Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim.

Terdahulu Misha membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan,mengikut prosedur yang betul.

Apa yang dipinta oleh penyanyi yang meraih Vokal Terbaik dan AJL 33 ini ialah permohonan maaf dari pengguna laman sosial yang sudah menebarkan fitnah terhadap kejayaannya.

Melihat senario yang hinggap pada Misha,kita dapat menafsirkan bahawa ragam pengguna internet tempatan sekarang, mereka bertindak semberono melemparkan komentar atau kalau kurang berani meletakkan status unmensi tetapi menjurus kepada keperibadian seseorang. Anak seni mangsa paling gemar menjadi target mereka.

Kerana apa? Sesetangahnya jelas mencari perhatian.Mungkin juga mereka ini mencari ruang untuk dikenali kerana golongan penyanyi, pelakon atau pelaku seni paling mudah mendapat perhatian khalayak.

Namun perbuatan sebegini jelas menunjukkan sisi tidak sihat peminat (atau pembenci) anak seni. Menulis tanpa berfkir dan lebih teruk tidak memikirkan akibat dan refleksi membuatkan pernyataan-pernyataan tidak jelas sumber malah membawa kepada fitnah akan bertebaran.

Jika tidak disangkal, mengada-ngadanya berterusan. Jika dijawab secara peribadi di laman sosial, meminta-mintanya berpanjangan. Sudahnya cara ini, profesionalisme membuat laporan dan melalui fasa-fasa tertentu bagi mendapat keadilan.

Yang memulakan rentetan ‘syirik’ ini, anda hanya punya beberapa hari sahaja untuk penyelesaian. Yang hanya berani di laman sosial, harap (kejadian) ini jadi tetamu penting dalam minda kalian agar tidak sewenang-wenangnya menuduh invidvidu,keluarga, pekerjaan malah keperibadian seseorang.

Tepuk dada tanya selera paras mana kecerdikan akal dan keelokan budi yang mahu dibawa hingga akhir hayat. Jangan malukan diri sendiri, apatah lagi keluarga.

 

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer