Editorial
Now Reading
SENI FOKUS: Nik Amir Mustapha–Menuju “Budaya Sinema” di Malaysia
333 0

SENI FOKUS: Nik Amir Mustapha–Menuju “Budaya Sinema” di Malaysia

by Marwan ZDecember 18, 2015

Minggu lepas semasa di Festival Filem Antarabangsa Kemboja (CIFF), The Daily Seni berkesempatan untuk meluangkan masa bersama pengarah muda berbakat Malaysia, Nik Amir Mustapha, yang turut berada di Kemboja kerana kedua-dua filemnya tersenarai di dalam festival filem tersebut.

DITAYANGKAN di pelbagai filem festival lain sebelum ini seperti di Tokyo, Hainan, Luang Prabang dan juga Osaka, filem pertamanya KIL telah memenangi filem terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26, manakala filem keduanya, Terbaik Dari Langit, telah menakluk Asia Tenggara sebagai filem terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN tahun ini, suatu pencapaian yang agak besar untuk orang baru.

Nik Amir ketika menjawab soalan penonton selepas tayangan filem KIL di Festival Filem Kemboja (CIFF). Gambar: Marwan Z.

Mengakui kecintaanya pada pembikinan filem dan kraf penceritaan, Nik Amir adalah seorang yang senang untuk didekati, peramah; dan kerana itu lebih banyak perkara yang kami dapat ketahui tentangnya walaupun dalam masa yang singkat.

“Aku suka story, dan cara story itu disampaikan,” jawab Nik Amir serius ketika ditanya apa yang disukainya tentang ‘directing’.

“Dalam medium filmmaking, direktor berkuasa dalam semua aspek–story, skrip, dialog, lakonan, muzik, susunan cerita, stail dan semua aspeklah kita boleh control, untuk jadikan satu story yang ada form dan substance, yang boleh kita present seperti yang kita vision. Proses A to Z tu yang best,” katanya lagi.


Antara Stigma dan Kepercayaan Audiens

Nik mengakui sendiri yang kedua-dua filemya tidak berapa mendapat sambutan secara total di Malaysia, tetapi lebih meriah dianalisa festival-festival filem luar. “Hal ini kerana penonton-penonton Malaysia masih lagi mempunyai stigma terhadap filem-filem Malaysia,”  beritahunya.

Malaysians lebih suka menonton filem luar, sebab bagi mereka tak berbaloi untuk bayar 10-15 ringgit untuk filem Malaysia,” jelasnya lagi.

Buat waktu sekarang, beliau percaya stigma penonton terhadap filem Malaysia ini yang perlu di tanggani terlebih dahulu dengan tanggungjawab filmmakers untuk menghasilkan filem yang bagus-bagus.

“Bila filmmakers dah buat cerita yang bagus-bagus, barulah boleh kita beat stigma ni. It’s a slow process lah tapi semua orang kena up diorang punya game,” Nik berpendapat.

Selain itu, terdapat satu lagi perkara yang tiada dan perlu diubah ketika ini dalam industri perfileman negara, iaitu kepercayaan daripada audiens terhadap filem Malaysia, ucap beliau “apa yang missing dalam industri mungkin kita kurang director dan producer yang nak buat cerita yang lagi challenging, dan lebih berseni kepada audiens”.

Seterusnya, antara pendapat Nik Amir yang dijelaskan adalah secara keseluruhan kita perlu menaikkan benchmark dan quality control kerana selama ini terlampau rendah, “kadang-kadang ada jugak yang elok tapi secara purata semua kena mainkan peranan masing-masing untuk wujudkan kembali cinema culture, kemudian barulah orang Malaysia boleh percaya balik untuk tengok filem Malaysia” Jelas beliau.

Peneraju utama KIL, Cristina Suzanne dan Redza Minhat. Gambar: google.

Kami juga percaya filem KIL dan Terbaik Dari Langit yang terpilih untuk tayangan di festival-festival filem luar sebenarnya membantu daripada segi untuk menaikkan kembali filem Malaysia, selain daripada mengibarkan identiti baru Malaysia, ianya juga dapat menggalakkan kesedaran mewujudkan ‘budaya sinema’ ataupun cinema culture yang dimaksudkan Nik Amir.


Sumber Rujukan, Pendedahan dan Penerokaan

Kami tertanya, siapa yang menjadi pengarah pilihan Nik, sebagai rujukan berkarya, dan apa lagi sudut penceritaan yang mahu diterokanya lagi pada masa hadapan?

Ketika ini pengarah Iran, Asghar Farhadi, yang memenangi anugerah Academy dalam kategori Filem Asing Terbaik melalui A Separation, menjadi perhatian Nik. Selain itu, Dardenne Brothers, seorang lagi pengarah yang telah lama diminatinya, serta nama-nama yang kurang disebut-sebut seperti Charlie Kaufman, hingga ke yang lebih taksub dan terkenal seperti Christopher Nolan.

Daripada pemberitahuan Nik Amir, pengarah kegemaran dan cerita-cerita yang menarik perhatiannya berevolusi dari masa ke semasa untuk sesiapa yang berkarya dan bercerita, tapi ketika ini beliau lebih menggemari cerita yang berbentuk human drama serta human relations–perhubungan sesama manusia dan drama yang menyusul–jikalau nak dibandingkan dengan sebelum ini di mana beliau lebih menggemari cerita-cerita yang stylistic.

“Mungkin ada lagi tapi dah berubah sikit taste,” jelas Nik, yang tak menyebut pula Wes Anderson, seorang lagi pengarah yang mengingatkan saya pada spesifik-spesifik yang diberikan Nik tadi.

Antara pengarah kegemaran Nik Amir, Asghar Farhadi. Gambar: Google.

Apa lagi yang ingin saudara explore lagi pada masa hadapan?

“Banyak lagi sebenarnya nak kena explore, sebab I kira baru start dan masih lagi dalam proses untuk belajar medium ini kan,” jawab Nik Amir. Menurutnya sendiri terdapat dua perkara yang hendak diteroka di masa hadapan iaitu pertama, dari segi form, bentuk, serta stail; dan kedua, dari segi substance, atau isi.

“Dari segi form, nak lebih cinematic lah kalau boleh. Macam, ada maksud dari segi shots, puitis sikit, dan look yang ada certain style yang I nak explore,” luah Nik.

“Kalau daripada segi substance pulak, I nak ke arah emotions lah, relationship between orang–nak fokuskan lebih kepada human relationship.”

Menurut beliau dalam berkarya, Nik Amir gemar mencampur-adukkan sumber dan pendedahan yang diperolehinya, sebagai contoh buku-buku, kandungan di Internet, filem-filem lain bahkan perkara dalam kehidupan harian beliau juga dijadikan bahan dalam karyanya.


Sesi soaljawab bersama penonton selepas tayangan filem Terbaik dari Langit. Gambar: Marwan Z.

Menuju Cinema Culture

Nik Amir termasuk dalam orang-orang yang percaya bahawa ketika ini Malaysia sudah mempunyai ramai filmmaker tempatan yang akan mengubah corak perfileman negara. Baginya, kita boleh melakukannya walaupun akan mengambil masa sedikit.

Kata Nik, “step pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menaikkan market filem kita dan besarkan scale filem tempatan; filem-filem berkualiti juga perlu banyak dihasilkan”.

Mengakhiri sesi temuramah, Nik Amir menyatakan: “Harapan untuk industri adalah supaya lebih ramai filmmakers yang akan perbaikkan industri–kasi menang balik kepercayaan audiens terhadap filem tempatan”.


*Festival Filem Kemboja telah berlangsung pada 5 hingga 10 Disember yang lepas. The Daily Seni ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Creative Content Association Malaysia atas tajaan sepanjang perjalanan kami ke Phnom Penh.

About The Author
Profile photo of Marwan Z
Marwan Z
Marwan kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.
Comments

    Leave a Response