Editorial
Now Reading
SENI FOKUS: Komposer Filem – Edrie Hashim Si Pemburu ‘Masterpiece’
11536076_1122139777802010_4526119412966932121_n
700 0

SENI FOKUS: Komposer Filem – Edrie Hashim Si Pemburu ‘Masterpiece’

by The Daily SeniJuly 19, 2015

BELIAU seorang mat rock kental seumur hidup, dan kebetulan juga seorang pemuzik tanahair yang paling dikenali dengan posisinya sebagai gitaris profesional.

Namun Edrie Hashim juga gigih bergiat dalam kapasiti seorang sebagai komposer, penerbit dan pengarah muzik popular/mainstream Melayu yang masih percaya dengan kewibawaan muzik rock di hati pendengar muzik Malaysia.

Tetapi adakah beliau keseorangan dalam perjuangannya, seperti yang kelihatan? Kita bertemu dengan teraju utama kuartet Projek Pistol (bersama rakan-rakan beliau PaeZham Lucan, dan Boy Clifford) ini untuk mendalami krafnya.

 

Dalam muzik Edrie juga, samada dihasilkan sebagai kenyataan peribadi ataupun produk komersil, walaupun sentiasa ditegah untuk kompromi dengan pasaran Malaysia Edrie dari dahulu sehingga sekarang pasti ada tindakan artistik yang melanggar ketetapan. Semangat berani pergi inilah yang mungkin membawa beliau jauh sebagai gitaris yang belajar sendiri sehingga menjadi antara pemuzik yang serba-mahir dan diakui di arus perdana.

Baru ini kita mengambil ketenangan bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan untuk memetik sedikit sebanyak ilmu dan perspektif dari rockers merangkap komposer filem seorang ini dalam usaha beliau memenuhi kepercayaan yang diamanahkan bagi mencipta dan menerbitkan lagu-lagu album OST dan juga skor rasmi filem Bravo (juga digelar BraVo dan Bravo Lima) yang bakal ditayangkan Oktober ini.


 

PROFIL SENI: EDRIE HASHIM

Status: Pemuzik Profesional

Pekerjaan: Pemain Gitar Undangan, Komposer, Penerbit, Pengarah Muzik

Inspirasi: Kumpulan Search dan WingsNuno BettencourtEddie Van HalenSteve VaiPaul Gilbert

Latar Belakang: Lahir di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 26 Ogos, 1973; A&R BMG Music (2000-2004); Menubuhkan syarikat Neo Gendang Records, Neo Magik serta Neo Worldwide mula tahun 2005 dan mendirikan Studio Sutra pada tahun 2006.

Pendidikan Muzik: Diperolehi dari latihan dan pengalaman sendiri.

Karya Terkenal: “Akan Ku Tunggu” oleh Candy (Komposer); “Suralaya Dalam D Major” oleh Amy Search (Komposer, Penerbit); Album Santai oleh Awie (Penerbit); Album Gothik Malam Edan oleh Search (Penerbit), Album Simbiosis oleh Ella (Co-Penerbit)

Album Solo/Berkumpulan Terpilih: Transfigurasi 2.0 (Solo, 2007); Stereo Andromeda (2010, Projek Pistol)

Hasil Keluaran Terkini: Bravo OST menampilkan Amy Search, Hazama, Caroline, Projek Pistol dan Awie (Komposer Tunggal Skor, Penerbit OST)

Akan Datang: Kolaborasi Single 2015 x Kikan Cokelat (bersama Projek Pistol), Album Kedua Projek Pistol (Dalam Pembikinan)

Bersama produser dan rakan kolaborasi filem 'Bravo Lima', Nik Norashikin Nik Abdul Majid ataupun Kak Nor.  Gambar: Marwan Zaharudin

Bersama produser dan rakan kolaborasi filem ‘Bravo Lima’, Nik Norashikin Nik Abdul Majid ataupun Kak Nor. Gambar: Marwan Zaharudin

Ceritakan semula proses pembikinan album OST filem Bravo di mana Edrie bukan sahaja bertindak sebagai penerbit kompilasi enam buah lagu rock baru untuk filem itu tetapi juga mengarang skor yang menghidupkan wayang perang itu di panggung.

EH: “Kalau dengar lagu Awie misalnya (lagu terakhir album Bravo, ‘Gendang Gendang’, yang melibatkan skala-skala Timur Tengah dalam muziknya), dia agak pelik. Memang bukan untuk radio. Fokus dia pun bukan untuk jadi hit; fokus dia memang more to art. Kita pun biasa buat lagu untuk Awie, dia dah tahu pop, jadi kita try something different la.”

Bagaimana persahabatan Edrie dengan setiap seorang vokalis yang menyanyikan lagu ciptaan Edrie di dalam album Bravo OST?

EH: “Amy dengan Awie tu memang dah macam brothers la. Hazama pun saya baik sebab kenal dia, budak (Kampung Datuk) Keramat, dan dia pun baik dengan adik saya. And vokal dia dah proven sebagai artis baru yang memang ada attitude.

Yang lain pun, (seperti) Caroline, semua yang memang boleh menyanyi, dengan lagu-lagu yang dalam relate dengan diorang dan kena dengan kemampuan dan kehendak diorang. Tanggungjawab kita sebagai komposer kita kena faham benda itu, siapa yang kena dengan which song.

Dengan rakaman Awie untuk album OST ini dia ibaratkan kita kasi rollercoaster jatuh sikit. Bukan rock ke pop-rock yang memang barangan Awie as a rock singer tapi something different daripada apa yang dia biasa, apa yang saya biasa bila menulis untuk dia, dan juga apa yang pendengar dia biasa dan expect dengan suara dia.”

Bila menulis untuk filem, adakah Edrie compose untuk karakter ataupun scene-scene yang ada, ataupun tema keseluruhan cerita itu? Jiwa skor itu juga pasti berlainan dengan muzik kumpulan Projek Pistol, seperti lagu “Berani Mati” (terkandung dalam Bravo OST)…

EH: “Kita tulis muzik untuk Bravo semuanya based around lagu tema (“Redha Kemenangan” nyanyian Amy Search). Kemudian lagu-lagu yang bersinambung dengan tema main pun start muncul (termasuk iringan instrumental, “Redha (The Victory)”, sebuah lagu instrumental solo gitar oleh Edrie). The level of epicness tu gua rasa sama la lebih kurang pada semua lagu. It’s not the best production but I think it creates some mood untuk orang rasa nak beli album itu.

And then tak boleh lagu semua sama juga. Contoh lagu Amy, orchestral and very dramatik; lagu Hazama (dengan lagu agresif “Ku Bakar Matahari”), rock yang mungkin berat sikit; Caroline (membawa “Berapi Di Kalbu”), rock yang ada punch; tapi bila datang dekat Awie lagu akustik dengan gendang. Masing-masing represent satu feel yang unik pada mereka dan juga scene-scene yang ada dalam filem itu. Projek Pistol, kita pun memang kebetulan sudah ada lagu yang fit dengan filem ini punya spirit (“Berani Mati”).

Pada masa yang sama itu yang saya cuba buat dengan skor, iaitu menjawab soalan macam mana hendak letakkan identiti saya dalam composition dan mood yang pelbagai macam tu supaya orang bila dengar boleh cam karya saya.”

Apa keistimewaan menggubah skor filem berbanding dengan forma-forma muzik lain? 

EH: “Scoring memang kena tengok scene by scene, discuss feel macam mana. Bila compose sebenarnya banyak ikut feel kita sendiri tapi kena kompromi dengan medium itu sendiri. Filem bukan medium pertama kita, jadi kita kena ikut juga sikit dengan demand medium tu.

Masa saya tengok contoh cerita Band of Brothers, ia cerita perang tapi kenapa mat salleh boleh letak lagu koboi, lagu blues dalam konteks yang macam itu? Movie ni subjektif jadi, pada orang lain dia (muzik filem) akan bunyi lain lah kan. Susah dia sebab you nak kena kena dengan apa yang produser nak, you tak boleh lari jauh.

Bila buat lagu pop kita biasa, dalam satu hari dua hari boleh siap kan. Tapi bila film scoring kita kena challenge sikit, guna otak yang lain sikit. Tapi at the same time kita try nak infuse kita punya art jugak, macam mana nak letak identiti kita dalam muzik tu. Dengan Bravo, untuk filem ini saya dipertanggungjawabkan jadi kita kena konfiden dengan apa yang boleh terhasil. Sebagai komposer it’s quite an experiment, and it’s something refreshing.”

Akhir kata, apakah hak pemuzik untuk bebas berkarya terhad dengan kehendak suasana industri filem?

“Dia satu hak yang kita perjuangkan bila musician berkarya; direktor bayangkan macam ini, produser mungkin nak macam itu, kita pun tahu apa yang kita nak jugak. Jadi kita ambil input dari pihak-pihak lain sambil kita maintain rasa kita and if it works it works, kalau tak work kita try lagi. Kita pun takda formula yang tentukan bagus tak bagus suatu produk muzik. Muzik, yes, mungkin saya tahu apa saya buat tapi kebanyakkannya trial and error juga.

At the end of the day it’s art. Ada orang suka, ada yang tak suka. Tak suka, next time kita try yang lain. Saya sendiri belum bersedia untuk rasa nak berhenti, dan walaupun saya dah agak lama di dalam industri, I believe my masterpiece is still to come.”

11403050_1122139761135345_5339934934198587625_n

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.

Leave a Response