Editorial
Now Reading
SENI FOKUS: Elias Yamani Ismail & Proses Pengurusan Pameran ‘Indie’ Berkumpulan Dikala Ini
10334241_10203177614234612_6714480084236055821_n
136 0

SENI FOKUS: Elias Yamani Ismail & Proses Pengurusan Pameran ‘Indie’ Berkumpulan Dikala Ini

by I. ShahOctober 27, 2015

APAKAH proses sebenar yang diharungi artis tempatan setiap kali mengadakan pameran ‘indie’ berkumpulan? Bagi Elias Yamani Ismail, pengasas dan teraju kolektif seni Satu Creative Collective pertama sekali, sebagai pemudah cara kita harus menjustifikasi terma ‘indie’ itu sendiri, dan revelannya dengan situasi atau keadaan di sini.

“Mungkin ada istilah yang lebih sesuai, takut (ada yang) tak dapat relate atau (hanya sekadar) ikut trend semasa yang fashionable sekarang,” katanya. Ikuti selanjutnya perbualan dengan saudara Elias yang sedang menyambung penyelidikan seninya di USM.

1380421_10201648282122265_2015638474_n

Sebagai contoh: seni lukis > seni tampak > seni visual (kini)

                        seni moden > seni post moden > seni contemporary (kini)

Ini pendapat peribadi Elias bila membicarakan istilah seni moden dan padanya seni ‘kontem’ ini “tidak boleh pakai” pakai disebabkan tiada hubungkait langsung dengan konteks seni di Malaysia atau rantau Asia Tenggara sebenarnya.

“Barat meletak seni-seni selain dari Barat sebagai bukan Moden, yakni craft. Ini bertujuan merendahkan falsafah pemikiran orang-orang di rantau ini. Jadi, asas ekonomik menentukan bahawa untuk menjual yang baru kenalah matikan yang lama,” perhatinya.

The Mechanics of Malaysian Art…macam mana agenda mengarut ini propels the so-called Malaysian art scene; (actually) what we have now is the idea/concept of  ‘make believe’!” ujar Elias.

Berikut antara ringkasan yang dapat dirumuskan daripada pertukaran pemikiran kita mengenai topik mendirikan pameran berkumpulan independen di Malaysia.

Langkah satu – bagaimana prosesnya setiap kali Satu Kolektif (Satu Creative Collective), contohnya, memulakan pameran?

“Ok, soalan ni aku kena refer pengalaman sendiri dan overview. Konsep yang aku pegang simple…takde siapa akan beri peluang dengan tangan terbuka…jadi kena wujudkan peluang tu amalan ni klasik dalam kehidupan…bukan sahaja dalam konteks seni/pameran. Kalau merujuk seniman/pengkarya di Barat mereka telah lama beroperasi sebegini..malah wujudnya Modern Art adalah hasil dari kaedah tersebut. Rakan2 di rantau Asia Tenggara bagi menjayakan pameran mereka sendiri maka ia bukanlah sesuatu yang luar biasa atau tak pernah dibuat orang!”

Jadi gerakan ini, sekali lagi, derivatif bagi pengusaha bersendirian di Malaysia, sama seperti kebanyakan istilah kreatif moden yang lain di negara ini?

“Jadi, contoh-contoh ini telah ada sebagai asas…cuma bagaimana untuk merealisasikan menjadi kenyataan…teori kepada amali. Satu lagi ialah, aku dah mula menganjurkan pameran sendiri bersama rakan bermula dari ITM lagi, sekitar 1998-99. Kemudian pada tahun 2003-2004 sewaktu menjayakan pameran sulung di Stonor Centre aktiviti self-organised exhibition menjadi sangat aktif pada lewat 2007 dengan penubuhan Satu Creative Collective.”

“Secara mudah ia sama seperti mewujudkan sebuah band, di mana sekumpulan manusia yang mempunyai minat muzik dan pengaruh/latar belakang berbeza-beza tetapi mempunyai wavelength ataupun aspirasi yang sama untuk memulakan sesuatu. Revolusi kecil boleh tercetus, dengan berkongsi minat, tapi niatnya adalah untuk bermula, to start!”

“Yang sama berlaku dalam Satu Creative Collective, bezanya cuma kami tidak mengkhususkan ahli-ahli tetap. Sedikit jauh berbeza dengan misalnya Matahati, group yang mempunyai ahli tetap dan orang luar tidak boleh menggunakan nama Matahati. Satu tidak mempunyai ahli tetap dan kami menggalakkan knowledge and expertise exchange di mana setiap orang berperanan dalam menjayakan setiap program anjuran Satu.”

“Untuk memulakan pameran kena ada satu tema tetapi tema ni tidaklah terlalu sempit. Ia lebih kepada pendekatan yang organik dan bukan paksaan. Boleh dirujuk buku Interpretasi: Pembinaan Bermula sebagai model, contoh ataupun contextualization.”

“Di sini ingin dijelaskan bahawa ruang-ruang yang terbuka kepada idea sangat dan amat terhad…perlu difahami kosep pameran seni adalah mempamerkan idea kepada terjemahan kepada bentuk transformation from idea to form. Dalam konteks Malaysia pemeran seni adalah pameran jualan menerusi saluran komersil/dekoratif. Jadi dalam plan atau merancang itu tidak ada masalah sangat cuma masalah di sini adalah ruang = audience…kalau takde ruang maka susah mempamerkan idea dan idea tidak boleh berkembang tanpa audience. Persoalan utama di sini adakah ruang yang bersedia dan bukanya pengkarya dan idea-idea mereka.”

What about infrastructure support from Klang Valley venues? Are most of them supportive? What is in it for them usually, deal dia macam mana? And how do they receive and treat lesser-known artists?

“Dari segi infrastructure support di Lembah Klang kita ada beberapa:

  1. Alliance Francaise & Galeri Shah Alam (free, no charge, with media coverage – yes!); boleh juga periksa state gallery lain yang ada,
  2. Sokka Gakai KL (free no charge, media coverage yes, but you need to donate one work from each artist),
  3. MapKL (media coverage, kena bayar tapi tak pasti rate sekarang),
  4. Lost Gens (MYR1k for a week’s rental),
  5. Feeka (MYR800 for a week), dan
  6. Minut Init (terms are usually communal, for now, as they are quite new).”

How do they treat lesser-known artists? I will mention that they are supportive, they entertain us and are accommodating, but you should have a proposal. Regarding the artworks, there is not much problem or idea constraints. Nowadays I think it’s not so much an issue of lesser-known artists – anything that can sell works – and many non-formal artists now are making it and selling with high prices because there is a market and manipulation. Example: Batang Berjuntai is now Bestari Jaya and Kerinci is now Bangsar South (laughs). Budaya bandar versus budaya kampung pinggiran…”

404128_4248805231790_349819580_n

Elias Yamani Ismail bersama rakan artis.

How important is the name game in terms of seeing how the artwork displayed is received from visitors? Do visitors go to indie exhibitions to discover/judge/expect big name work? How does it go?

Before I answer that… Pameran seni sebegini sebenarnya asing – pinjaman budaya luar yang dibuat-buat kononnya inilah dia namanya berbudaya. Pertama kali ingin dijelaskan seni dalam konteks Malaysia adalah berbentuk hiburan/pesta, kerana budaya membaca ini telah lama hilang dalam beberapa bentuk fasa. Tetapi boleh dikatakan agenda kerajaan juga membuntukan hal ini dengan terlalu banyak campurtangan politikal dan meminggirkan orang/tokoh/pemikir berwibawa yang boleh meneraju permasalah budaya. Jadi segala pembacaan menjadi literal dan tidak bergantung lagi pada pola pemikiran yang pelbagai atau bertentangan – semuanya linear.”

Can we stop and touch on the arts audiences here for a while…

“Dari segi audience, yes, the best places for that are the art spaces that I mentioned in the list sebab kalau galeri swasta selalunya  audiesnya kita juga: artists and their artist friends (diorg pun artist ok!) dan agak rare juga kalau nak dapat orang yang luar dari bidang seni. Like you say, to discover; judge; expect.

DSCN40791-e1440069811226

What about the name game in local art circles? How important is it to thrive? Especially when you’re just wanting to do your thing, spark options, set up a group exhibition or two…

It’s all about the same strategy: ‘make believe’, with shallow market manipulation. Siapa nak alamat Kerinci – Bangsar South kan best!”

Really? Wow… Having said that, what are the pitfalls and illusions self-styled artists with little or low ‘name-recognition’ must face?

“Nama itu boleh dibuat dan direka. There is nothing concrete on the works or on par to the standard that we perceive. Ini semua ilusi, so artis kena berjaga-jaga dan jangan terperangkap dengan illusi yang dibina. Kayu ukur ‘mereka’ cuma duit berapa banyak boleh kaut, so boleh kira senang, ada digits (ketawa). So I feel there should be more initiative by the young people for the young people and only then you try and translate that ethic to the communities outside…

Artists must take back what belongs to them – their dignity! Kalau betul artist la, kalau claim themselves as artistsKalau boleh betul-betul independen menganjurkan pameran/aktiviti sendiri, secara berpasukan kerana setiap pengkarya juga mempunyai kelebihan masing. Yang mampu membuat kerja-kerja PR, pengurusan, boleh ambil tahu bidang sokongan yang dapat membantu dan bukan hanya penekanan aspek pengkaryaan sahaja. Wujudkan jaringan dan kurangkan sikap bergantung kepada apa yang sedia ada – wujudkan peluang. Hari ini pengkarya tidak boleh bergerak sendirian; kena bersama-sama, berkelompok, berkongsi-kongsi kekuatan.”

“Sebenarnya art di Malaysia bebas. You can enter this domain and nobody will question you! Kalau lihat dalam cabang seni yang lain payah untuk tembusi kerana kosnya terlalu tinggi dan kengkangan ruang. Ratio terhadap art production, you can do it on your own. Sebab itu ‘artist‘ itu ditafsirkan sebagai individu yang bebas. Tetapi payah juga untuk associate artist sebagai ‘indie‘ hanya kerana kebebasan, kebebasan berekspresi, to create dll. Dia orang ini tak tertakluk kepada kehendak pasaran, contoh klasik Van Gogh sahaja. Dan tak semua pelukis yang melukis boleh dinamakan artist juga…”

About The Author
Profile photo of I. Shah
I. Shah
Once upon a time a footballer who retired as a teen after a fatal combination of favouritism and having "rocker's legs". Nowadays he's doing alright as a musician who writes about uncool things like peace, love and destiny. Izuan was associate editor for The Daily Seni.

Leave a Response