Film & TV
Now Reading
Previu Filem: ‘Redha (Beautiful Pain)’
10984541_1599974266893277_2984076370047329630_o
1217 0

Previu Filem: ‘Redha (Beautiful Pain)’

by Marwan ZMay 21, 2015

Bayangkan anda mempunyai seorang anak autistik, bagaimanakah cara yang betul untuk anda membesarkannya? Apakah layanan yang sesuai untuk anak anda? Bagaimanakah cara didikan yang sesuai untuk anak itu? Apakah pantang larang yang perlu dipatuhi dalam mengajar anak tersebut?
Persoalan-persoalan inilah yang cuba ditonjolkan oleh Tunku Mona Riza dalam filem terbaru arahannya, Redha (Beautiful Pain), sebuah filem drama yang berkisarkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak autistik.

Hal ini secara langsung dapat mendidik masyarakat tentang kesedaran bagi penyakit autism dan memberi lebih pendedahan kepada masyarakat tentang penyakit ini.

Antara pelakon utama bagi filem ini seperti Namron yang bertindak sebagai Razlan, Junainah Lojong (June) sebagai Alina, Nadiya Nisaa sebagai Shasha, Remy Ishak sebagai Azim, Mak Mah sebagai Mak Jah dan Susan Lankester sebagai Katrina. Harith Haziq pula memegang watak Daniel ketika kanak-kanak, dan Izzyreef sebagai Daniel ketika dewasa.

Filem ini sedang menjalani penggambaran ketika ini dan memilih beberapa lokasi di Selangor seperti Pusat Akuatik Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur serta Terengganu.

Saksikan previu filem ini yang diambil dari akaun Youtube rasmi Redha (Beautiful Pain).

About The Author
Profile photo of Marwan Z
Marwan Z
Marwan kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.

Leave a Response