Film & TV
Now Reading
Pilot Café – Penyambung Legasi Ombak Rindu?
slider
130 0

Pilot Café – Penyambung Legasi Ombak Rindu?

by Marwan ZApril 30, 2015

Malam gala filem Pilot Café telah berlangsung pada 23 April yang lepas dengan jayanya di GSC Pavillion Kuala Lumpur.

Filem yang diadaptasi daripada novel popular nukilan Ahadiat Akashah ini menampilkan pelakon terkenal tanah air seperti Fahrin Ahmad, Neelofa, Izara Aishah dan juga Remy Ishak. Osman Ali bertindak sebagai pengarah bagi filem Pilot Café dan Ahadiat Akashah sebagai penulis skrip bagi filem ini.

Menurut pengarah Osman Ali: “Filem ini agak mencabar untuk menvisualkannya daripada novel itu sendiri kerana banyak perwatakan yang perlu digarap dan direalisasikan. Pilot Café diharapkan dapat diterima baik oleh penonton Malaysia seperti sambutan filem Ombak Rindu pada beberapa tahun yang lepas”.

Selain Fahrin Ahmad dan Izara Aishah, filem ini turut dibintangi, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof, Raja Ilya, Aishah Ilias, Ainul Aishah, Zaidi Omar dan Dian P Ramlee. Pilot Café adalah hasil terbitan kerjasama antara Astro Shaw dan Tarantella Pictures. Hafiz Suip dan Adira sekali lagi digandingkan untuk lagu tema filem Pilot Café bertajuk Untuk Cinta.

Bergenre drama romantik, filem ini akan menemui penonton di layar perak bermula 30 April 2015.

Saksikan video temubual bersama pengarah Osman Ali, pelakon utama Fahrin Ahmad, Izara Aishah dan juga Datuk Eizlan Yusof di bawah:


 


 

About The Author
Profile photo of Marwan Z
Marwan Z
Marwan kukuh memegang citra anak muda, menghargai budaya alternatif dan seni sebagai landasan utama sesuatu tamadun.

Leave a Response