Now Reading
PENGUMUMAN KEJAYAAN BADAN MUZIK UNTUK TAHUN 2018
61 0

PENGUMUMAN KEJAYAAN BADAN MUZIK UNTUK TAHUN 2018

by In house WriterJanuary 24, 2019

Salah satu daripada 4 badan pemegang kepentingan asal MRM iaitu PRISM Bhd (PRISM) telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30hb November 2018 berdasarkan tindakan sivil yang diambil oleh PPM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) kerana gagal membayar ganti rugi berjumlah RM1.6 juta berhubung dengan pelanggaran hakcipta dan perwakilan palsu oleh PRISM.

 


22hb JANUARI 2019, KUALA LUMPUR – Music Rights Malaysia Berhad (MRM), badan pelesenan koleksi muzik utama Malaysia mengumumkan kejayaan besar mendapatkan lebih banyak royalti muzik pada kos yang lebih rendah dalam tahun operasi penuh pertamanya pada tahun lepas, sementara mengurangkan kerja pentadbiran, menggabungkan kos dan memudahkan pematuhan hak cipta muzik untuk beribu-ribu perniagaan komersial yang sibuk di seluruh negara.

Dengan invois berjumlah RM92.8 juta dan RM21.3 juta hasil lesen penyiaran tertunda, MRM berjaya mencapai pertumbuhan yang ketara pada 2018 berbanding dengan RM86 juta yang dikutip oleh keempat-empat badan perlesenan terdahulu dengan kekuatan operasi penuh masing-masing dalam tahun 2016.

Semua royalti MRM diagihkan atas dasar bukan-untuk-keuntungan kepada badan-badan pemegang kepentingannya iaitu Music Authors Copyright Protection Bhd (MACP), Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM) dan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) untuk pengagihan seterusnya kepada penulis lagu, penerbit muzik, syarikat dan pelaku rakaman berdasarkan laporan penggunaan muzik.

Dalam perkembangan berasingan yang penting, salah satu daripada 4 badan pemegang kepentingan asal MRM iaitu PRISM Bhd (PRISM) telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30hb November 2018 berdasarkan tindakan sivil yang diambil oleh PPM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) kerana gagal membayar ganti rugi berjumlah RM1.6 juta berhubung dengan pelanggaran hakcipta dan perwakilan palsu oleh PRISM. Perkara ini telah memberi kesan kepada ahli-ahli artis dan pemuzik rakaman PRISM yang kini kehilangan perwakilan pelesenan kolektif mereka.

Memandangkan RPM kini menjadi satu-satunya badan pelesenan yang diberi kuasa oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mewakili artis dan pemuzik rakaman, Pengerusi RPM Dato’ Sheila Majid menggesa semua anggota PRISM (organisasi yang sekarang tidak lagi berfungsi), untuk mendaftar keahlian dan rakaman persembahan mereka dengan RPM secepat mungkin bagi membolehkan mereka untuk menerima royalti yang selayaknya daripada hasil pungutan MRM.

Pengerusi bukan-eksekutif bebas MRM, Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi berkata beliau sangat gembira dengan prestasi 2018 yang luar biasa bagi pihak pemegang hak muzik selepas mengharungi tahun 2017 yang mencabar di mana MRM hanya dapat memulakan operasi pada Oktober 2017 selepas menghadapi kelewatan berkaitan pengawalseliaan pihak berkuasa.

Dengan perubahan berterusan industri muzik, Tun Zaki meluahkan penghargaan dan rasa terhutang budi dari Lembaga Pengarah MRM kepada dua individu yang baru bersara daripada lembaga pengarahnya, iaitu penulis lirik yang dikasihi Puan Habsah Hassan (bekas Pengerusi MACP) dan personaliti muzik terkemuka Dato’ Norman Abdul Halim (bekas Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) di mana mereka telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga dalam tempoh tiga tahun yang lalu untuk menjayakan penubuhan MRM pada bulan November 2016 dan pencapaian MRM pada tahun lepas.

Tun Zaki juga memberi penghormatan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MRM – R. Ramani Ramalingam yang akan meninggalkan MRM pada 31hb Januari 2019 untuk meneroka peluang baru selepas perkhidmatan berterusan selama hampir 19 tahun di dalam industri muzik termasuk sebagai CEO RIM dan PPM sebelum ini. Beliau juga berkata bahawa satu Jawatankuasa Lembaga Pengarah yang terdiri daripada 3 orang pengarah akan mengawasi operasi MRM sementara menunggu pengambilan CEO baru dengan bantuan Ramani sebagai penasihat sementara untuk memudahkan peralihan kepimpinan.

Beliau seterusnya memberi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan MRM yang telah bekerja kerja walaupun diasak dengan kritikan yang tidak berasas berterusan melalui media sosial.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response