Other
Now Reading
Pameran Seni “Figure Out!” Di Galeri HOM
Figure Out HOM
74 0

Pameran Seni “Figure Out!” Di Galeri HOM

by Anak DagangApril 20, 2015

Galeri HOM bakal mempersembahkan sebuah pameran seni yang disertai oleh empat tenaga anak muda iaitu Husin Othman, Nazri Tahir, Tan Lu Man dan juga Tham Yoke In.

Pameran yang diberi nama “Figure Out!” merupakan paparan karya graduan-graduan daripada dua institusi pendidikan di Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan juga Dasein Academy of Art.

Pameran ini merupakan landasan bagi keempat-empat anak muda ini untuk memaparkan hasil karya mereka, dan melalui pergelutan emosi harian yang berkait dengan isu-isu kemanusiaan seperti persoalan keagamaan dan nilai ketuhanan, feminisme dan hak-hak wanita, mereka bersatu dan bersetuju untuk memilih satu gaya sebagai elemen utama yang mampu berkomunikasi dengan para penonton, iaitu gaya figuratif.

FIGURE OUT! akan berlangsung dari 25 April hingga 9 Mei 2015 di HOM Art Trans yang terletak di Taman Cempaka, Ampang. Masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir untuk meraikan bakat-bakat muda ini.

HOM merupakan sebuah ruang seni independen yang bertujuan untuk membantu dan menyokong pembangunan seni visual di Malaysia dan menjalinkan hubungan dan peluang pameran di sekitar Asia Tenggara. Diasaskan pada 2007, ruang seni HOM terdiri daripada galeri, studio dan juga arkib seni.

— The Daily Seni

About The Author
Profile photo of Anak Dagang
Anak Dagang
Anak Dagang seorang warga kota Kuala Lumpur yang ingin terus menulis. Anak Dagang is a senior contributor to The Daily Seni.

Leave a Response