Film & TV
Now Reading
Ophilia Encore: Acara Tayangan Yang Berteraskan Kerjasama Komuniti
Poster Ophilia Encore
170 0

Ophilia Encore: Acara Tayangan Yang Berteraskan Kerjasama Komuniti

by Anak DagangApril 30, 2015

Dilancarkan awal bulan Januari, laman web Myfilem kali berjaya membuktikan pendekatan alternatif bagi menarik para peminat filem untuk turut serta merayakan pelancaran semula filem ‘Ophilia’.

Acara Ophilia Encore merupakan kerjasama diantara Myfilem, pihak produksi filem dan juga para pelakon. Ophilia Encore dilihat sebagai suatu projek komuniti, dimana para peminat filem dan penggiat industri menyatakan keinginan mereka untuk menjayakan suatu pendekatan yang baru, dan menjangkaui suatu proses standard dimana para penonton hanya melihat setiap filem yang wujud di panggung wayang.

Ophilia merupakan filem eksklusif pertama yang memilih landasan digital melalui laman web Myfilem, dan tidak menyiarkan dimana-mana medium samada melalui laman web Youtube, cakera padat cetak rompak ataupun siaran televisyen perdana.

Adakah ini merupakan suatu pendekatan yang baru bagi pihak produksi filem, suatu percubaan untuk menjayakan sesuatu karya yang terlibat dengan suatu kelompok sub-budaya yang besar, untuk meraikan semula tayangannya secara intim dan berteraskan konsep komuniti?

Pendekatan alternatif untuk merapatkan jurang

Pihak Myfilem menyatakan, “Kami dengan penuh hormat merasa bangga dan terharu terhadap pihak produksi filem ‘Ophilia’ kerana membuka ruang kerjasama diantara medium alternatif yang jarang digunakan, dan pada masa yang sama kami juga ingin membuktikan kredibiliti kami sebagai landasan digital yang turut mampu bergerak kehadapan dan mendukung karya-karya filem tempatan.”

Mereka meneruskan lagi, “Pada waktu perancangan, kami hanya ingin menayangkan semula filem tersebut, sebagai saksi bahawa tayangan filem melalui laman web mampu menghidupi suatu ruang yang jarang digunakan. Ianya secara tidak langsung berjaya membuka suatu keadaan menonton yang baru, ditambah lagi dengan aktiviti persembahan – disebabkan filem ini bukan hanya meraikan karya filem semata-mata, tetapi turut juga bersifat romantik terhadap sub-budaya yang telah mulai berakar di negara Malaysia, iaitu budaya Skinhead.

Acara ini bakal melibatkan kerjasama diantara pihak Myfilem, pihak produksi Ophilia, para pelakon, kugiran-kugiran tempatan (Roots n Boots, Spiderwar, Ridim Bois, Brown Attack dan The Merc) dan juga jenama Dr Martens yang terkenal diseluruh dunia kerana turut serta mendukung sub-budaya yang seringkali menggunakan jenama mereka.

Permulaan bagi industri kreatif memainkan peranan mereka

Kerjasama yang berlangsung sesama mereka dilihat sebagai harapan yang mulai timbul ke permukaan – dimana kebanyakkan daripada kami mulai merasakan bahawa pihak industri kreatif, barangkali mulai mengambil peluang mereka untuk mendekatkan diri ataupun mungkin juga ingin mengenali kelompok sub-budaya, bukan sahaja satu sub-budaya tetapi juga budaya-budaya yang lain.

Ini merupakan suatu keberanian bagi mereka untuk menjayakan suatu budaya yang seringkali dipandang serong oleh masyarakat setempat. Barangkali acara seperti ini, jika berlaku dengan jayanya. Mampu menjana suatu perubahan yang positif, bukan hanya dikalangan pihak yang terbabit, tetapi rakyat negara seluruhnya.

Malah permulaan untuk menjayakan suatu acara yang lebih ke arah komuniti merupakan suatu usaha yang tidak harus dipandang serong oleh sesiapapun. Ianya dilihat sebagai salah satu proses bagi rakyat setempat untuk menjayakan setiap karya ataupun hasil yang mereka lakukan secara bersama, dan percaya dengan proses mendukung harapan sesama mereka. Permulaan ini seperti mana-mana usaha yang lain, merupakan suatu langkah besar yang menolak kepentingan satu pihak sahaja dan sebaliknya menjayakannya bersama.


*Acara “Ophilia Encore” bakal berlangsung pada 2hb Mei 2015 di Wisma Bentley Music 3, Kota Damansara.

About The Author
Profile photo of Anak Dagang
Anak Dagang
Anak Dagang seorang warga kota Kuala Lumpur yang ingin terus menulis. Anak Dagang is a senior contributor to The Daily Seni.

Leave a Response