Music
Now Reading
MonoloQue Kembali Ke Kancah: Lagu “Ringgit” Mengusik Pendapat Umum, Isytihar Album Ke-2
ringgit_cover
276 0

MonoloQue Kembali Ke Kancah: Lagu “Ringgit” Mengusik Pendapat Umum, Isytihar Album Ke-2

by I. ShahApril 20, 2015

 

Bulan ini MonoloQue kembali ke kancah perdebatan bicara seni tempatan dengan pemberian mereka yang terkini, lagu berjudul “Ringgit”, turut serta dengan estetik yang sudahpun meracau pelbagai pendapat seperti gaya kebiasaan teraju utama kumpulan, LoQue.

Ketara atau tidak, LoQue (vokal, gitar, piano), Dax (bass, vokal), Ijoo (gitar utama), Bakri (drum) dan Syafiq (perkusi) seolah-olah seperti menyepi setelah menyajikan lagu demi lagu berserta video sebelum ini.

Perkembangan internal contohnya dapat dirasakan pendengar melalui lagu “Ringgit” yang banyak berbicara tentang faktor-faktor eksternal atau luaran di sekeliling mereka termasuk masyarakat di bandaraya, nilai-nilai kontemporari negara dan gaya hidup global yang berleluasa, evolusi muzik, serta industri muzik tempatan itu sendiri, antaranya.

“Kita sudah berada di abad ke-21 dan pergerakan muzik dunia sudah jauh meninggalkan kita,” kata LoQue sempena keluaran lagu nukilannya terbaru ini.

“Pada saya ia suatu stail dan lebih berdasarkan citarasa dan fikiran di luar kotak,” ujar LoQue bila ditanya pula tentang reputasinya dengan kata-kata bahasa yang telah diubahsuaikan, contohnya apabila beliau “merosakkan” interpretasi lagu malarsegar seperti “Tiada Kata Secantik Bahasa”, “Masih Aku Terasa” dan “Mawar Putih Tanda Perpisahan”.

“Saya cuma cuba melakukan bahagian saya untuk membawa bahasa ke takuk yang baru, supaya mungkin lebih semasa dan longgar. Tetapi percubaan saya pasti ditemui dengan konotasi negatif padahal saya tidak berfikiran sebegitu,” LoQue menerangkan.

Intipati lirik lagu “Ringgit” berkisarkan tentang masyarakat muda yang semakin enggan berbahasa sendiri, malah menafikan jati diri mereka sehingga rela mengikis asal-usul kebudayaan dan sifat sebenar mereka kerana takut untuk dilihat sebagai tidak “cool”.

“’Ringgit’ mengisahkan tentang nilai ‘mata wang’ yang menjadi ‘nadi’ yang paling asas gaya hidup masyarakat kota. Duit boleh beli apa saja, duit boleh beli jiwa raga cinta, dan melihat itu dalam kehidupan seharian ia memberi inspirasi pada saya untuk menulis lagu ini.”

“Perjuangannya masih sama,” ujar LoQue. “Dari hari pertama sehingga hari ini perjuangannya adalah untuk menjadi diri sendiri.”

Barangkali lebih “ekstrim” kali ini katanya berbanding keluaran-keluaran lepas (album Jejak Tanah, corak pertama trilogi Hikayat Halimunan Abad Ke-21 dan EP Inderaloka) kerana cerita muzik MonoloQue melalui lagu-lagu baru ini sudah sampai pula ke bandaraya, dan berkisarkan kehidupan di tengah bandaraya, berbanding sudut pandangan yang lebih idealis yang hanya sekadar ‘merindukan’ keadaan itu.

“Dari segi muzik pula, kami cuba untuk meruntuhkan pagar-pagar yang ada, serta had-had yang membuatkan muzik bergitar dan muzik rock Malaysia jatuh ke dalam stereotaip-stereotaip yang biasa,” ucap LoQue.

“Ringgit” tetap merupakan lagu pop yang senang didengari dan punyai banyak ruang untuk bernafas, tetapi masih individu, dan masih lantang. Lagu ini kini sedang berputar di corong radio tempatan seperti iM4U fm album dan juga dimuatnaik ke iTunes. Ia das pertama dari album corak kedua siri ‘Hikayat Halimunan Abad Ke-21’ yang bakal tiba pada bulan Ogos akan datang.

*Lagu “Ringgit” boleh didapati di iTunes, Spotify dan Deezer sekarang.

BUTIRAN LAGU: “Ringgit” ~ MonoloQue

Lagu/Senikata: LoQue

Senarai Pemuzik: LoQue – Vokal Utama/Piano, Mohd Faliq – Pembantu Teknologi, Set Drum – Bakri, Gendang/Perkusi/Mainan – Shafiq

Penerbit: LoQue bersama Aiyad Sakti dan Hafiz Ahmad

Dirakam di Kilang Menjahit Bunyi, Tune Studio & Gelampuri oleh Hafiz Ahmad, Aiyad Sakti, Aiman dan LoQue

Diadun oleh Greg Henderson dan LoQue

Mastering: Sterling Sound New York City oleh Greg Calbi (Tame Impala, The Flaming Lips)

Album: ‘Hikayat Halimunan Abad Ke-21: Corak Ke-2’ (Bakal Dijudulkan) terbitan Penerbitan Pancasona 2015

Sutradara Video Muzik Rasmi: Kadir Chan

About The Author
Profile photo of I. Shah
I. Shah
Once upon a time a footballer who retired as a teen after a fatal combination of favouritism and having "rocker's legs". Nowadays he's doing alright as a musician who writes about uncool things like peace, love and destiny. Izuan was associate editor for The Daily Seni.

Leave a Response