Editorial
Now Reading
Makrifat Cinta guna tenaga Bollywood
THN_1308
117 0

Makrifat Cinta guna tenaga Bollywood

by In house WriterFebruary 5, 2018

Bagi memberi kesan efek yang maksima, filem drama keluarga Makrifat Cinta telah mengambil 19 tenaga kerja pakar dari India untuk menjayakan penggambaran filem tersebut.

Salah seorangnya merupakan pemenang anugerah Jurutera Bunyi Terbaik di Festival Filem Bollywood 2017, Suresh. Malah  salah satu lagu bunyi runut filem ini nyanyian Shiha Zikir menggunakan pemuzik terpilih dari beberapa bandar di India. Hanya rakaman vokal dilakukan di dalam negara.

Malah, proses pasca produksi juga dilakukan di Chenai, Mumbai dan Hyderabad.

Menurut Kamal G yang mengarah filem buat pertama kali itu memberitahu bahawa kerjasama erat syarikat produksi Dhananwoodd Films Sdn Bhd dalam projek mendatang syarikat itu, membolehkan beliau memulakan kerja-kerja awal dalam produksi menggunakan tenaga pakar dari India.

THN_6550Makrifat Cinta yang mendapat kelulusan 13PG itu merupakan sebuah cerita yang diinspirasikan daripada kisah benar seorang usahawan berjaya yang terpaksa melalui pelbagai onak. Keretakan rumahtangga, perebutan hak penjagaan anak serta kesempitan ekonomi membuatkan filem ini terlalu rapat dengan penonton disamping pemain-pemain hebat yang diiktiraf melalui festival-festival filem tempatan.

Sungguhpun Datuk Aznil Haji Nawawi yang diberikan watak kecil sebagai diri beliau sendiri, beliau benar-benar berharap filem ini dapat menjadi motivasi kepada semua peringkat umur dalam menghadapi hidup yang semakin mencabar ini.

Apa yang menarik dalam pembikinan filem ini adalah di mana babak di antara Mahathir (Syamsul Yusof), Sofea (Nora Danish) dan Aisha (Puteri Balqish) selama empat minit tanpa sebarang suntingan. Selain itu sudah tentu watak cemas pelanggaran terancang trak berkelajuan tinggi yang dipandu Rizal (Adi Putra) sehingga letupan itu telah mencederakan bahu kiri Syamsul.

Rata-rata pemain dalam filem ini termasuk Sabrina Ali yang memainkan watak Cikgu Faridah bersetuju bahawa THN_8950watak cemas di rumah sakit di mana saat-saat akhir nafas Sofea bernyawa menjadi adegan yang sukar dilakonkan kerana perlukan penghayatan yang lebih sehingga terbukti memberi kesan yang amat mendalam kepada penonton.

Filem ini mengisahkan Mahathir yang melalui keretakan rumahtangga bersama isterinya Zara (Nabila Huda). Zara tidak dapat menerima kehidupan miskin yang dialami sejak Aisha mula bersekolah. Zara juga sering meminta wang lebih bagi menanggung abangnya Rizal yang kaki judi dan penagih dadah sehingga Mahathir membuat keputusan untuk meminjam dengan along.

Kehidupan Mahathir menjadi huru-hara apabila gagal melunaskan hutang along akibat daripada penangguhan projek aplikasi telefon bimbit yang diciptanya itu tertangguh. Dia diburu ah long dan pada masa yang sama Zara telah meninggalkannya bersama Aisha.

Dengan ketiadaan wang saku, anak yang sakit akibat daripada menjadi gelandangan dan terpaksa lari daripada buruan along, datang Sofea yang merupakan teman sekuliah Mahathir. Zaralah yang banyak memberi sokongan sehinggalah projek aplikasinya diterima pembiayaan dan berjaya.

Penggambaran filem yang memakan belanja mencecah RM4 juta ini menjalani penggambaran selama 42 hari. Selepas suntingan skrip sebanyak tujuh kali dan pra-produksinya selama enam bulan, filem ini mula menjalani penggambaran pada Disember 2016. Makrifat Cinta masih ditayangkan di 130 pawagam seluruh negara mulai 1 Februari 2018 di bawah edaran TSR Films Sdn Bhd.

Selain Shika Zikir, sebuah lagi lagu yang dicipta khas untuk filem ini ditulis oleh Naren Balakumar dan lirik oleh Dr. Mohd Rizal dan Dato Adi Putra. Lagu berjudul Duniawi itu dibawakan oleh Dato Adi Putra sendiri dan Blaze.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response