Music
Now Reading
Kuasa Dua Vokal: ‘Konsert Duo Lagenda’ Menggabungkan Ikon Muzik Dato M. Nasir & Dato Jamal Abdillah
40E24A0B-D415-4A6A-84B6-7822708682F5-960x640
193 0

Kuasa Dua Vokal: ‘Konsert Duo Lagenda’ Menggabungkan Ikon Muzik Dato M. Nasir & Dato Jamal Abdillah

by Opie SofeaDecember 22, 2018

Jus oren, chicken wing, samosa dan suasana petang dengan terdahulu dimulakan dengan cerita-cerita nostalgia menjadi pemanas perbualan dua legenda ini. Awal kemunculan dahulu mereka dilihat sebagai mentor dan protégé namun akhirnya bergabung vokal dan tenaga di atas pentas Panggung Sari Istana Budaya atas nama Duo Legenda.

IMG-20181219-WA0024

Dato M. Nasir dan Dato Jamal Abdillah banyak bercerita hal-hal nostalgia. Tentang pertama kali mereka bersua secara profesional di studio. Kebanyakan peminat tahu bahawa Jamal pernah beradu vokal dan bergelar Juara Bintang RTM 1979 dengan membawakan lagu hasil lirik M. Nasir, Senandung Semalam.

Kali pertama mereka di studio untuk rakaman vokal ialah melalui lagu Azura yang kemudian menjadi hits, bukan sahaja lagu tetapi momen filem dengan gaya anak muda bertutur ‘mengorat’ awek serta pemuda zaman motor. Filem arahan Deddy M.Borhan itu juga merupakan filem pertama yang meraih pecah panggung.

Kata orang, first impression last forever. Impresi pertama M.Nasir ketika Jamal membuka kotak vokalnya, “Dia memang dilahirkan untuk jadi penyanyi,”. Lantas pemerhatian pertama itu membuatkan dia meletakkan Jamal sebagai seorang penyanyi dengan suara dan nilai yang tersendiri. Buatnya tiada penyanyi yang dapat menandingi Jamal. “Belum nampak lagi” jujur dengan ucapannya.


IMG-20181219-WA0027

Ketawa Jamal bersulam ingatan, “Cara rakaman dulu berbeza. Dato M.Nasir minta saya nyanyi verse by verse. Mahu dapatkan feel. Kemudian dia panggil saya keluar studio. Soal dia kepada saya, adakah saya percaya dengan Tuhan?” Rupanya itu cara dia buat saya hilangkan tekanan.”

Sebut tentang nostalgia, lalu saya tanyakan kepada sifu M.Nasir. Soalannya mudah. “Kalau konsert orang lama memang win,terjual cepat kerana suntikan elemen nostalgia memang kuat. Tetapi adakah elemen nostalgia ini yang menjadi kekangan untuk orang lama membikin material yang baru?”

Jawabnya,”Peminat orang lama ada duit,mereka mampu beli tiket konsert. Kalau tentang material, orang lama contohnya Paul Mccartney memang ada hasilkan album. Buat memang boleh buat tetapi tak semuanya menjadi.  Contohnya Tan Sri SM Salim, buat album. Menjadi dan popular serta membuatkan namanya kekal”.

Dalam masa yang sama dia menjawab bahawa sudah bersedia dengan material baru untuk ditadahkan kepada para peminatnya. Soalan terjawab.

Berbalik kepada kisah nostalgia tadi, pertanyaan kenapa konsert ini harus ditonton umum dijawab dengan mudah oleh M.Nasir.

Katamya kerja mereka memang menyanyi dan tidak pernah pula sebelum ini mereka mengadakan konsert berdua. Ini sebuah konsert buat para peminat.


MNASIR22526

“Memang kerja kita (menyanyi), dapat peluang dan Jamal berikan idea untuk muncul dalam Konsert Duo Legenda ini,”senyumnya.

“Saya pun ada kolaborasi dengan anak saya Osama. Dulu saya dukung Osama di Istana Budaya, kini dia tampil sekali di atas pentas. Peminat kena datang sebab ini juga konsert pertemuan guru (M.Nasir) dan anak muridya”, keterujaan Jamal berbunyi di ceritanya.

Gabungan dua nama di bawah nama Konsert Duo Legenda ini bakal berlangsung pada 20 hingga 23 Disember ini dengan diiringi oreh 21 pemuzik profesional.

Malah antara elemen menarik yang dinantikan ialah kemunculan Tun Dr Siti Hasmah Mod Ali pada malam 22 Disember nanti. Isteri Perdana Meneteri Malaysia tersebut akan menggesek biola lewat lagu Engkau Laksana Bulan, Fatwa Pujangga dan Gubahanku.

“Konsert ini akan menambah rasa kasih sayang kita, rakyat Malaysia kepada dua insan ini. Bukan politik,” rujuk Jamal tentang keberadaan rasa terhadap Tun Siti dan suaminya.

Tiket konsert berharga RM158, RM258, RM358, RM458, RM 558dan RM1000 boleh didapati di www.ilassotickets.com atau boleh didapatkan terus di kaunter Istana Budaya.


Sumber Paparan Imej: MHE TV. 

About The Author
Profile photo of Opie Sofea
Opie Sofea

Leave a Response