Now Reading
KONSERT DEWA 19 DITERUSKAN
FB_IMG_1547626410656
29 0

KONSERT DEWA 19 DITERUSKAN

by In house WriterJanuary 30, 2019

Konsert DEWA19 Reunion Live in Malaysia akan tetap diteruskan sungguh pun tanpa salah seorang teraju utama persembahan itu nanti.

Persembahan yang bakal berlangsung pada 2 Februari 2019 di Stadium Malawati akan tetap menampilkan dua vokalis lain; Ari Lasso dan Once Mekel.

Menurut Pengarah Urusan Niza Production, Nik Iruwan tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert berlaku seperti yang digembar-gemburkan.

“Kami berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert tersebut akan tetap berlangsung. Dewa 19akan terus memberikan persembahan terbaik untuk semua,” tegas Nik.

Terdahulu, berita mengenai ketiga-tiga vokalis band bakal berkongsi pentas di Malaysia yang turut membariskan beberapa pemuzik asal menggamit keterujaan penggemar tegar.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response