Film & TV
Now Reading
“KEMBALI BERONTAK DALAM RENTAK”
GV6 Group Photo
38 0

“KEMBALI BERONTAK DALAM RENTAK”

by In house WriterSeptember 26, 2019

Biduanita Indonesia, Hetty Koes Endang kembali berpadu tenaga bersama Dato’ Haji Ramli MS menduduki kerusi juri tetap dalam edisi terkini ‘Gegar Vaganza’

Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ hari ini mengumumkan tirai pentas utamanya untuk musim keenam akan kembali dibuka secara rasmi mulai 13 Oktober ini. Sekali lagi dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam, musim terbaharu ini bakal menampilkan 13 peserta, terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan. Ini merupakan tahun kedua ‘GV’ menyaksikan penglibatan peserta duo dan berkumpulan, selepas format sebegini diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim lalu dengan kehadiran kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo, Billy Zulkarnain.

Berikut adalah senarai peserta yang akan bertanding di musim kali ini:

PESERTA SOLO (LELAKI)
1.    SHAM VISA (Dalam Gerimis)
2.   JATT (Khayalan)
3.    ROY (Ratnaku)
4.    AMEER SOFAZR (Dan Bila Esok)
5.    HADY MIRZA (Angkasa)
6.    NAQIU BOBOY (Episod Cinta)

PESERTA SOLO (WANITA)
1.    WANN (Bossanova)
2.    MAZLEELA (Tabah)
3.    FEEZA (Ungkapan Kata Bernafas Cinta)
4.    NOORSHILA AMIN (Rambu Ramba)
5.    NURFATIMA (Selembut Sutera)

PESERTA DUO / BERKUMPULAN
1.    KOOL (Bebas)
2.    ONE NATION EMCEES (Anak Kampung ft. Jimmy Palikat)

‘GV6’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (’GV1’), Siti Nordiana (’GV2’), Azharina (’GV3’) Aishah (’GV4’) dan Noryn Aziz (’GV5’) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk musim-musim yang terdahulu.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response