Editorial
Now Reading
‘Robin Hood’ (ULASAN)
Taron-Egerton-and-Jamie-Foxx-Robin-Hood-movie
63 0

‘Robin Hood’ (ULASAN)

by In house WriterDecember 13, 2018

Terkejut apabila menonton Robin Hood arahan  Otto Bathurst yang berbeza dengan lagenda hero tersebut. Watak Robin Hood lazimnya berada di dalam hutan dan memperjuangkan hak orang miskin dengan merompak orang kaya untuk dibahagikan kepada rakyat miskin, tetapi filem Robin Hood terbaru ini menggambarkan latar dan perwatakan yang berlainan.

 Robin Hood lakonan Taron Egerton ini mula menjadi hero apabila kisahnya mirip seperti Prebet Adam. Adam dikatakan didera semasa dalam kem sehingga mengganggu mentalnya. Robin dilatih untuk bertempur menggunakan panah dan terlibat untuk berperang di era penghujung abad ke-12 ala- perang Iraq.

Robin yang lahir dari kalangan bangsawan telah dianiaya di mana dia diumum mati di peperangan tersebut kerana melakukan sesuatu yang tidak seiring dengan kekejaman pihak tentera England pada waktu itu. Selain itu, musuh dalam selimut juga ingin mengambilalih tampuk kekuasaan keluarganya secara sah – ambil alih secara sah tanpa tumpah darah dan sedikit penipuan semasa proses pengundian.

Luluh hati Robin apabila pulang ke Loxley mendapati isterinya, Marion sudah berkahwin lain. Tindakan amoknya ditahan John (Jamie Foxx) yang kemudiannya mengajar Robin teknik-teknik berperang dan ingin ‘mengajar’ pihak berkuasa yang menyalahgunakan wang rakyat dengan berjoli dan melakukan pembaziran termasuklah belanja atas kepentingan sendiri. Kuasa, bagi Robin bukan apa yang diinginkan tetapi hak kesamarataRoban yang lebih mustahak di dalam hidup ini.

Lain daripada filem Robin Hood (2010) lakonan mantap Kevin Costner yang mempunyai pasukan Little John, Duncan, Bishop of Hereford, Wulf, Bull dan Much – Robin Hood yang ini hanya ditemani Little John dan menyorok di rumah peninggalan keluarganya dan keluar merompak orang kaya dan membahagikan kekayaan kepada rakyat miskin.

Cerita dongeng lagenda seperti Robin Hood ini memang menjadi cerita popular anak kecil. Salah satu daripada persoalan yang timbul: wajarkah kita memupuk anak kecil untuk mengatakan bahawa baik untuk mencuri jika ada niat untuk membantu?

Kita juga ada cerita lagenda Hang Tuah yang mengkhianati raja untuk menegakkan keadilan. Baikkah itu?

Kesamaan cerita Robin Hood ini adalah pada penghujung cerita, Robin Hood telah mendedahkan identitinya sebenar yang selama ini berselindung di sebalik kain tutup kepala lantas memaparkan seorang pemimpin daripada golongan bangsawan yang berjiwa rakyat.

Memandangkan banyak versi yang memaparkan kisah Robin Hood ini, namun yang ini nampakkan ke-hero-annya di mana beliau sanggup menceroboh pusat penyimpanan wang negara yang amat ketat. Semua ini kononnya dilakukan untuk rakyat.

Imej Islam juga tidak dicemari sangat tatkala Little John nya merupakan sisa wira pejuang Islam yang tewas di medan perang tetapi mengembalikan keperwiraannya melalui latihan yang dicurahkan kepada Robin Hood.

Mujur dalam apa-apa versi pun, watak Robin Hood ni ada juga mengalami kecederaan akibat terkena beberapa bilah panah semasa dalam pertempuran.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response