Film & TV
Now Reading
FFM27: Anak-Anak Kecil, Harapan Industri Negara
413 0

FFM27: Anak-Anak Kecil, Harapan Industri Negara

by The Daily SeniAugust 22, 2015

Bagi setiap festival filem yang pernah ada, pelakon kanak-kanak yang berjaya menunjukkan kebolehan untuk membawa beberapa karakter yang tetap susah untuk dibawa walaupun di usia lanjut. Mungkin sahaja kategorinya sama sahaja kepentingan dengan pencalonan yang lain, dimana kewujudan karakter anak-anak kecil yang dibawa oleh mereka ini mampu mengubah dan mempengaruhi watak-watak utama yang ada.

Untuk Festival Filem Malaysia ke-27 kali ini, mari kita lihat para pelakon kanak-kanak yang telah dicalonkan.


Raykarl Iskandar untuk Lelaki Harapan Dunia

Untitled

Rumusan watak: Membawa watak Hamka, cucu kepada penghulu kampung(dilakonkan oleh Roslan Salleh). Pada pertengahan filem, Hamka bersama Zakari melepaskan unta kerana tidak mahu ianya dijadikan korban. Turut bersama watak kanak-kanak yang lain menjayakan suasana kampung yang sedang sibuk menyediakan majlis korban, disertakan kenaifan kanak-kanak yang meraikan apa sahaja termasuklah fitnah yang turut menjadi punca perbalahan besar di dalam kampung tersebut.

Pendapat kami: Berjaya membawa watak Hamka sebagai anak kecil yang penuh rasa ingin tahu, teruja dengan segala yang berlaku di sekeliling (lagi-lagi babak tok bomoh menceritakan kisah orang minyak).


Eunos Madeonus untuk Dendam Orang Mati

Foto dari http://umikasum.blogspot.com/

Foto dari http://umikasum.blogspot.com/

Rumusan watak: Membawa watak Afiq, anak kepada Lena (dilakonkan oleh Lisa Surihani). Menjadi bayangan kepada kisah silam Lena, anak yang mati terbakar menghantui pandangan Lisa sewaktu pulang setelah sedar daripada koma. Mempengaruhi tindakan Lena dan mencetuskan persoalan-persoalan yang memaksa Lena sedar akan keadaan yang membelengguinya.

Pendapat kami: Sukar untuk kami nyatakan tentang watak ini. Benar-benar kabur keberadaannya dan sekaligus tidak dapat menyatakan impak yang jelas. Kepentingan watak ini hanyalah kewujudannya sebagai bayangan secara visual sahaja. Tidak dapat dipasti kebolehan pelakon ini secara jelas.


Muhammad Farhan untuk Lelaki Harapan Dunia

sdads

Rumusan watak: Teman kepada Hamka, turut terlibat berkomplot melepaskan Kamil (seekor unta) meninggalkan kampung mereka.

Pendapat kami: Watak biasa yang tidak memberikan impak besar jika ingin dibandingkan dengan watak Hamka. Tetapi turut bersama-sama Hamka mengalami secebis saat paranoia yang membentuk sudut pandang mereka untuk tahun-tahun kehadapan, sewaktu unta yang dilepaskan mereka disembelih.

Berjaya menguasai perasaan kesedihan dan pasrah sewaktu unta itu disembelih dan bagaimana darah memancut-mancut ke arah mereka.


Mia Sara Nasuha untuk Lagenda Budak Setan 3

Gambar diambil dari laman web Budiey

Gambar diambil dari laman web Budiey

Rumusan watak: Membawa watak Athirah, anak kepada Kasyah (dilakonkan oleh Farid Kamil). Seperti anak kecil tipikal di dalam filem, berbahagia seperti anak-anak kecil yang lain. Membawa pengaruh besar sebagai anak di dalam hidup Kate dan juga Kasyah.

Pendapat kami: Tidak banyak yang dapat diperkatakan. Seperti biasa jarang watak kanak-kanak diberikan tanggungjawab untuk memberi impak yang tinggi di dalam filem. Mia Sara hanya membawa watak anak kecil yang biasa, menunjukkan riak wajah yang gembira dan bermain-main dengan imaginasinya.


Raykarl Iskandar untuk Manisnya Cinta di Cappadocia

Gambar diambil dari laman web WordPress HafizHafizol

Gambar diambil dari laman web WordPress HafizHafizol

Rumusan watak: Membawa watak Aiman, anak buah kepada Ifti (dilakonkan oleh Fazura). Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Ifti setelah ibunya meninggal dunia.

Pendapat kami: Mungkin sahaja peranan yang dibawa oleh Raykarl di dalam filem Lelaki Harapan Dunia lebih menonjol dan lebih jelas keterlibatannya di dalam beberapa babak utama.


Pilihan Daily Seni

Jadi siapakah yang bakal dipilih untuk festival kali ini? Pihak kami merasakan bahawa Raykarl Iskandar yang membawa watak Hamka di dalam Lelaki Harapan Dunia layak memenangi kategori ini kerana impaknya dan kepentingan peranannya melebihi watak-watak yang dicalonkan kali ini.

Disini harus ditekankan bahawa kami menekankan aspek kebolehan dan keberkesanan lakonan mereka dan bukannya mengutamakan kepentingan watak anak-anak kecil itu di dalam filem. Apa-apa pun kemenangan ini dilihat sebagai sumber semangat dan motivasi utama agar anak-anak kecil terus berkecimpung di dalam bidang industri perfileman dan diberi peluang untuk membawa watak yang lebih bagus pada masa yang akan datang.

Siapakah bakal pemenang anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di FFM tahun ini?

Eunos Madeonus
Mia Sara Nasuha
Muhammad Farhan
Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)
Raykarl Iskandar (Manisnya Cinta di Cappadocia)

free poll

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.

Leave a Response