Music
Now Reading
ESTRANGED Kembalikan Rasa Cinta
estranged3
91 0

ESTRANGED Kembalikan Rasa Cinta

by In house WriterJanuary 2, 2019

Kami percaya kuasa cinta boleh menyelesaikan pelbagai masalah

Kumpulan Estranged yang dianggotai oleh Rich, Hanafi dan Din telah melancarkan single terbaru yang bertajuk ‘Milikku’ beserta video muzik sewaktu cuti awam sambutan Hari Natal.
 

Lagu tersebut berkisarkan perihal meraikan perasaan cinta dan kasih sayang hasil nukilan kumpulan Estranged sendiri manakala lirik pula ditulis oleh vokalis kumpulan tersebut, Rich.
 

Ditanya tentang proses dan sumber inspirasi pembikinan lagu ‘Milikku’ ini, sumber inspirasi dan ilham tercetus ketika mereka sering berjauhan dari keluarga sewaktu menjalani rangka jelajah Misi Elektrik Borneo yang mengambil masa berbulan lamanya.
 

Perasaan rindu dan rasa ingin bersama keluarga dan insan-insan yang tercinta menjadi sumber inspirasi kepada penulisan lagu ‘Milikku’.
 

“Selain itu, dalam keadaan dunia yang ramai kian tertekan dan murung, adalah penting untuk kita mengembalikan perasaan cinta sesama kita di antara keluarga, sahabat handai dan masyarakat. Kami percaya kuasa cinta boleh menyelesaikan pelbagai masalah,” ujar Estranged.
 

Lagu ‘Milikku’ tidak boleh didapati di platform iTunes mahu pun spotify, kerana ia hanya akan dicetak di dalam bentuk cakera padat (CD). Ini kerana CD- CD ini akan dijual secara fizikal ketika Estranged bakal meneruskan Jelajah Misi Elektrik Borneo 2019. Dengan cara ini, penjualan secara fizikal Estranged akan dapat diteruskan disamping pengumpulan dana untuk bantuan elektrik hydro di kawasan kampung pendalaman sekitar Borneo.
 

“Wawasan kami ialah untuk menyalurkan elektrik ke sekurang-kurangnya 20 hingga 40 kampung bergantung kepada jumlah jualan CD yang dapat dikumpulkan samada melalui persembahan mahu pun penjualan CD melalui Facebook dan Instagram. Kami akan berkerjasama dengan rakan seperjuangan kami dari syarikat guaman Thomas Philip yang juga telah membantu 2 buah kampung di Sabah dan akan meneruskan untuk projek kampung yang seterusnya di daerah Ranau Sabah 2019,”ujar Rich mewakili Estranged.
 

Video muzik lagu ‘Milikku’ telah dihasilkan oleh Din Hormatov dan merupakan video muzik pertama di bawah arahannya selaku pengarah di Bornaya Media. Turut bekerjasama dalam muzik video ini ialah Syabil yang bertindak sebagai juruvideo.
 

“Kami tidak melakukan sebarang lakonan di dalam video muzik ‘Milikku’. Semua adegan yang dirakam adalah organik dan berlaku tepat pada waktunya. Kami mahukan saat dan momen kasih sayang yang ditayangkan itu adalah benar dan penonton serta peminat boleh menilaikan sendiri dan merasainya bersama,” ujar Din. Disamping itu, video muzik tersebut turut dijayakan dengan penglibatan Dato Zainal Abidin beserta isterinya Datin Angelina.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response