Music
Now Reading
Bekas Vokalis Butterfingers di Universiti Teknologi Petronas
11780547_10153590851507216_525950748_n
1997 1

Bekas Vokalis Butterfingers di Universiti Teknologi Petronas

by The Daily SeniJuly 31, 2015

31hb Julai 2015 – Pada hari Sabtu ini komuniti Let’s Rock Cancer Malaysia mempersembahkan Cancer Awareness Concert, sebuah acara kesedaran awam yang bakal berlangsung di Dewan Canselor di Universiti Teknologi Petronas Tronoh, Perak. Kempen kesedaran kanser ini menggunakan medium muzik untuk menarik orang ramai memahami sedikit sebanyak mengenai kanser.

Konsert yang diadakan dengan hasil kolaborasi bersama Yayasan Kanser Malaysia ini membawa beberapa persembahan kugiran yang terdiri daripada UTPian Band, Tonawarna, Drama Band, Azroy The Dashingmen dan yang terakhir, Emmett & Gang sebuah kugiran yang dimana Emmett Ishak, bekas vokalis kepada kugiran Butterfingers turut membuat persembahan.

11824236_10153590849472216_896959164_nNama Emmett, kepada sesiapa yang tidak mengetahui asal muasal keberadaan beliau pasti tidak merasa apa-apa apabila namanya mulai didendangkan. Tetapi kepada kebanyakkan anak-anak Malaysia yang sudah lama berkecimpung di dalam arena muzik bawah tanah, sosok individu yang bernama Emmett ini sudah menjadi ikon genre grunge di rantau ini.

Emmett merupakan vokalis kepada kugiran Butterfingers yang telah menghasilkan lapan studio album. Bermula daripada tahun 1993, kugiran ini telah menempa nama dan mempengaruhi sedikit sebanyak haluan pembikinan muzik tempatan. Jadi ianya merupakan sesuatu yang mengujakan apabila Emmet membuat pemunculan semula di area persembahan muzik di negara kita.

Untuk persembahan ini, Emmet bakal bersama beberapa ahli muzik yang telah berkecimpung di dalam arena muzik juga, Izuan Shah selaku gitaris yang berasal dari kugiran Auburn, Hanafi dari kugiran Estranged, Melina William dari kugiran Tempered Mental dan juga Zahar Silvergun dari kugiran Soara.

Dari titik permulaan ini dapatlah kita saksikan ataupun mengharap kepada sesuatu yang lebih bagus, dimana Emmett dan ahli kugirannya yang lain juga turut menyatakan keinginan untuk menyumbang dan berusaha untuk merancakkan lagi pilihan muzik di negara kita.

Yang pastinya menarik pada malam persembahan nanti adalah suasana nostalgia yang diidamkann oleh anak-anak muda. Romantiknya malam itu pasti bergema kuat kerana nostalgia yang dipendam bakal dihidupkan semula oleh keberadaan Emmett & Gang, dan juga kugiran-kugiran lain yang turut mempunyai daya untuk memeriahkan suasana.

Pihak-pihak yang terlibat pastinya mengharapkan agar persembahan dan kesedaran akan bahana kanser itu bakal membawa ke suatu perubahan yang lebih positif. Komuniti yang telah disertai oleh hampir 3000 sukarelawan ini juga bersikap positif dengan pilihan pendekatan mereka iaitu medium seni. Seni dan acara yang berteraskan informatif sekali lagi bergabung tenaga untuk menghasilkan suatu impak baru. Jadi kepada anak-anak muda yang dambakan tenaga muzik dan vibe Butterfingers, ayuh bikin rencana untuk hari Sabtu ini. Aktiviti roadtrip ke Teronoh bisa dilakukan!

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.
1 Comments

Leave a Response