Reviews
Now Reading
BANGKIT: Membangkitkan Suara Rakyat
BANGKIT
68 0

BANGKIT: Membangkitkan Suara Rakyat

by In house WriterJanuary 10, 2019

Menyemarakkan Tempoh 11 Hari ke arah Malaysia Baharu

 

Sungguh pun pilihan raya umum 14 berlaku 9 Mei 2018, bermakna sudah lapan bulan berlalu, iflix Originals menjalankan usaha dalam memaparkan perjalanan kempen semasa pilihan raya tersebut.

Filem dokumentari berdurasi 52 minit ini mengisahkan bagaimana kerajaan yang selama ini memerintah digantikan dengan Malaysia Baharu. Ia menayangkan kisah dramatik semasa hari penamaan calon, kontroversi memotong poster, hinggalah pada keluhan rakyat mengenai ‘undi Rabu’.

Perkara-perkara ini sebenarnya sudah pun diketahui umum. Peliknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengumumkan keputusan pilhan raya sehinggalah jam empat pagi keesokan harinya kali ini dipaparkan dalam wawancara bersama penganalisis politik dan wartawan yang membuat liputan pilihan raya tersebut.

Filem tersebut menghimpunkan sorotan rakaman berita, media sosial dan juga video-video rakaman  perbadi yang diambil oleh rakyat sendiri. Melalui video-video amatur yang dikumpul dan tanpa dirancang, ia mendapat bantuan daripada kakitangan sukarelawan pusat mengundi, wartawan, penganalisis politik, aktivis, orang awam dan ahli-ahli politik yang menyertai parti masing-masing.

Filem arahan Justin Ong ini menjadi sebuah filem daripada perspektif rakyat. Selaku Penerbit Bersama Bangkit, Justin memberitahu, “Apabila kita lihat semula saat-saat pilihan raya yang lepas, saya merasakan amat teruja dengan penghasilan dokumentari ini. Kita dapat saksikan bagaimana rakyat bersatu dan bangkit untuk menentukan masa depan mereka.”

Elemen dramatik yang amat memberikan kesan ialah apabila rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara membuat rakaman mereka sendiri tatkala pulang ke tanah air semata-mata untuk mengundi. Mereka juga membawa undi-undi pos rakan-rakan mereka dan diserahkan kepada wakil daripada SPR di lapangan terbang KLIA sebaik sahaja mendarat.

Mark Francis, Pengarah Global Program di iflix, berkata; “Walau pun iflix Originals menampilkan hiburan seperti drama-drama premium dan rancangan komedi, apabila kami sendiri merasai suasana pengalaman pilihan raya yang lepas, kami fikir adalah penting untuk mendokumenkan cerita hebat ini. Lagi pun, PRU ke-14 adalah saat yang amat menarik dan sebagai platform hiburan tempatan beribu pejabat di Kuala Lumpur, ini adalah cerita kami juga.”

“Bangkit: 11 Days That Changed a Nation adalah filem thriller politik dan bukannya semata-mata filem tentang isu tempatan biasa. Ini adalah kerana kami hidupkan plot-plot cerita yang lebih telus dari rakyat sendiri,” kata Francis.

Bangkit: 11 Days That Changed a Nation mula ditayangkan di iflix melalui saluran iflixFREE dan iflixVIP bermula 9 Januari 2019.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response