Music
Now Reading
Repvblik and Friends Datang ke Malaysia
MRXH2264
20 0

Repvblik and Friends Datang ke Malaysia

by In house WriterOctober 31, 2019
  • Mereka mengambil sebuah langkah besar apabila buat julung kalinya, Repvblik
    akan dibawa ‘pusing Malaysia’ dengan memilih tiga lokasi utama yang difikirkan strategik buat
    band ini bertemu penggemar penggemarnya.
     

Memandangkan nama kumpulan Repvblik sudah terkenal di Malaysia melalui lagu hit mereka Cinta Sandiwara, mereka yakin bahawa penampilan sulung mereka nanti akan mendapat imbuhan yang setimpalnya buat mereka dan para penggemar lagu tersebut.

 Sebuah konsert yang dinamakan Repvlik and Friends telah diatur Disember 2019 yang turut merangkumi Johor (20 Disember 2019) dan Sabah (22 Disember 2019) selain ibukota Kuala Lumpur (18 Disember 2019).

Band yang lagu Aku Takut milik mereka telah ditonton sebanyak 181 juta tontotan itu akan bertemu penggemar mereka di Kuala Lumpur terlebih dahulu pada tanggal 18 Disember 2019.

 Konsert sulung band yang mula aktif sejak tahun 2007 silam tersebut akan diadakan di KL Live, Live Center, Kuala Lumpur dengan disertai oleh dua pemuzik yang tidak kalah hebatnya. Salah satunya adalah Andmesh yang hit Cinta Luar Biasa miliknya telah ditonton lebih 161 juta tontonan di YouTube.
“Konsep Repvblik & Friends dengan menggabungkan Repvblik bersama Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat adalah sebuah bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana pada harga yang sangat mampu, penggemar boleh menikmati 3 pemuzik di satu satu lokasi konsert berlangsung,” kata Pengarah Urusan A Loud Nation.

 

 

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response