Reviews
Now Reading
TULUS Datang Lagi Ogos Ini
CLD_9861-edited-rev1
48 0

TULUS Datang Lagi Ogos Ini

by In house WriterJune 1, 2019

Konsert ini merupakan perayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.

Selepas kejayaan menerusi konsert pertamanya di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR.

Konsert yang bertemakan Sewindu itu akan berlangsung pada Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya. Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom’ dan banyak lagi.

Konsert ini merupakan perayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.

Tiket ke konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019.

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany.

 

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response