Other
Now Reading
Katanya Saya Tak Akan Bosan : Agar Perempuan Jangan Mudah Terpedaya
BC6D3CAD-73A5-4845-A4BA-3CD1BEBF1256
34 0

Katanya Saya Tak Akan Bosan : Agar Perempuan Jangan Mudah Terpedaya

by In house WriterMay 15, 2019

Hakikat mulut lelaki, manis bicaranya pasti mencairkan hati perempuan yang mencintai. Tambah pula itu suami, tempat bergantung harap dan mencurah cinta. Maka si isteri pun percayalah bulat-bulat. Tetapi, sungguh terasa benar apa yang dia katakan, si isteri tidak merasa bosan, malah gembira melakukan rutin rumah tangga demi melihat si suami tersenyum gembira!

 

Oleh: Asyraff Jamin

 

Sibuk adalah ubat bagi merawat kebosanan. Lantas, kesibukan telah dijadikan Ni Komang Ariani sebagai cara untuknya mengatasi kebosanan setelah ditinggalkan suami yang pergi mencari rezeki dengan bekerja. Dia mengisi masanya dengan kesibukan memenuhi setiap tanggungjawabnya sebagai seorang surirumah. Dia menuruti setiap kata-kata suaminya agar dia tidak bosan lantaran keseorangan di rumah. Dirapikannya diri cantik-cantik, wangi-wangi, dan sopan-sopan dari segenap tingkah dan perbuatan agar suami tercinta akan selalu rasa bahagia; tidak juga bosan terhadapnya. Sungguh dia pandai menjaga!

Tidak sekadar itu, rumah tangga turut diurusinya sebaik mungkin sehingga wujud senarai rutin yang perlu di selesaikan dan bereskan. Dari pakai-pakaian, makan-makanan, perlu-perluan hinggalah kepada soal kemas-kemasan dipastikannya berada pada tahap yang maksimum; dan semestinya tidak ada yang tertinggal buat. Jauh di sudut hatinya mahu memberikan yang terbaik buat suami tercinta. Dan dia pastinya tidak merasa bosan keseorangan sementara suami mencari rezeki.

Terang bulan,

Terang bulan di kali,

Buaya timbul disangkalah mati,

Jangan percaya mulutnya lelaki,

Berani sumpah tapi takut mati.

 

Hakikat mulut lelaki, manis bicaranya pasti mencairkan hati perempuan yang mencintai. Tambah pula itu suami, tempat bergantung harap dan mencurah cinta. Maka si isteri pun percayalah bulat-bulat. Tetapi, sungguh terasa benar apa yang dia katakan, si isteri tidak merasa bosan, malah gembira melakukan rutin rumah tangga demi melihat si suami tersenyum gembira!

Nah, perempuan mudah terpedaya; terperangkap dalam kata-kata manis suami. Seperti Belanda dan Inggeris yang menjajah, si suami sebenarnya telah memerangkap cara fikir (mind set) isteri sehingga dia lemas tenggelam dalam kesibukan sama halnya dengan Belanda dan Inggeris yang menerapkan prinsip pecah dan perintah sehingga rakyat yang leka dengan diri masing-masing (dalam konteks ini – kaum) kemudiannya lupa untuk melihat dan mencari tahu tentang kebejatan mereka. Demikianlah yang berlaku kepada si isteri tadi.

Sehinggalah pada hari lahirnya, si isteri meminta perhatian suami. Dimintanya si suami mengajaknya makan malam untuk meraikan. Tetapi si suami malah memberi cadang supaya mereka meraikannya pada siang hari keesokannya sahaja. Sekali lagi si isteri mengiyakan; terpedaya. Dan setelah semua rutin si isteri bereskan, dia terasa bosan pula. Atas pertimbangan hari itu adalah hari lahirnya, dia pun berfikir mahu menghiburkan diri, meraikan hari lahirnya. Dia keluar, ke tempat pertama kali dia bertemu suaminya, sambil menikmati minuman yang sama. Tanpa dia menduga, pada hari bahagianya itu, dia akan menyaksikan pedaya suaminya selama ini. Apa yang berlaku?

Dairpada sudut pemikiran, Ni Komang Ariani sebenarnya mahu memberi peringatan kepada perempuan-perempuan khususnya isteri agar tetap berwaspa meski mereka mempercayai suami sepenuhnya. Sepenuhnya tidak bermaksud harus membutakan mata, memekakkan telinga. Kadang-kadang perlu juga curiga, bukanlah menaruh prasangka, tetapi bertanyalah, agar si suami tidak mendominasi semudahnya. Hidup perempuan!

 

Nota : Katanya Saya Tak Akan Bosan adalah cerpen tulisan Ni Komang Ariani dalam Kumpulan Cerita Perempuan Ketut Rapti terbitan Indie Book Corner. Buku ini boleh didapati daripada pengedar MERPATI JINGGA.

 

 

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer

Leave a Response