Now Reading
COMEDY PLANET Buka Peluang Pelawak Baru
afdlin-cp
175 0

COMEDY PLANET Buka Peluang Pelawak Baru

by Admin DailyseniDecember 9, 2016

Penerbit rancangan komedi, pelawak, pelakon, pengarah filem, penulis, pemuzik, penyanyi, dan juga ahli perniagaan, Afdlin Shauki kini telah melebarkan sayap beliau kepada pemilik restoran, Comedy Planet bertempat di Great Easten Mall.

Sebuah restoran yang berkonsepkan ‘komedi’, Comedy Planet merupakan sebuah restoran yang menghidangkan persembahan komedi dari pelawak–pelawak Malaysia dan juga pelawak bertaraf antarabangsa.

Comedy Planet merupakan cawangan kedua milik Afdlin Shauki yang menyediakan ruang pentas untuk hiburan jenaka, puisi, improvisasi dan perkongsian di persembahkan dalam bahasa Malaysia juga bahasa Inggeris. Beliau juga ingin membawa kelainan kepada restoran beliau dengan membuka restoran yang patuh syariah.

afdlin1

Antara artis yang hadir untuk majlis pembukaan Comedy Planet

Pengunjung yang datang ke Comedy Planet bakal disajikan dengan hidangan masakan gabungan Melayu dan Western yang juga mempunyai nama-nama yang unik selaras dengan konsep komedi.

Antaranya ialah Sup Tulang Merah Tanda Berhenti (antara menu terbaik Comedy Planet), Gado-gado balik rumah, Silence of the lamb shoulder, Air Kera di Hutan Disusukan, Air Pak Leman Kesejukan di Kebun Teh, Dessert Serabai Mabai Terabai K-Bye, Nasi Lemak Konfius Mak Dengan Sambal Squidworth dan banyak lagi.

Selain sajian makanan dengan nama yang unik, pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti ‘stand up comedy’, improvisasi, puisi, spontan dan tazkirah yang akan dibarisi oleh barisan celebriti tanah air.

Comedy Planet juga akan memberi peluang kepada warga Kuala Lumpur yang boleh berlawak mencuba menonjolkan bakat mereka pada malam ‘OPEN MIC’ di mana pelawak-pelawak amatur diberi peluang untuk memenangi hadiah berupa wang ringgit untuk persembahan mereka.

Setiap malam rabu ke sabtu malam anda akan di penuhi dengan gelak ketawa seisi keluarga di restoran komedi yang pertama di Kuala Lumpur.

Anda juga boleh mengadakan majlis perkahwinan, hari jadi, majlis korporat, makan malam dan apa apa acara rasmi atau tidak rasmi yang juga bertemakan komedi santai sesuai sebagai pusat hiburan berbentuk kekeluargaan di Comedy Planet.


Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut anda boleh hubungi Naquib (018-9035477) atau Hani (012-2088334).

About The Author
Profile photo of Admin Dailyseni
Admin Dailyseni

Leave a Response